Elakkan Pertembungan Antara Parti-Parti Melayu Di PRN Melaka

- Advertisement -

ALOR SETAR, 30, Okt. – Usaha untuk mengelakkan pertembungan antara parti-parti Melayu terbesar menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, sedang diusahakan.

Menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, rundingan berhubung perkara tersebut sedang dibuat .

“Ada dua benda saja saya nak katakan. Pertamanya kalau boleh tak ada pertembungan dan itu sedang diusahakan. Keduanya, adakan rundingan dan perkara itu sedang dibuat.”

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Hari Potensi Tabika Kemas Peringkat Kebangsaan Kali Ke-16, di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Mohamad Yasid Bidin, Timbalan Ketua Pengarah Operasi KEMAS, Ahmad Kamal Idris Mohd. Nawawi serta Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Mahdzir yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah beberapa kali menegaskan bahawa parti itu tidak akan bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Bersatu pada PRN Melaka.

Malah kenyataan media dikeluarkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 28 Oktober lalu turut memaklumkan bahawa UMNO akan meneruskan persefahaman dengan PAS tanpa langsung menyebut mengenai kedudukan Bersatu.

Ditanya sama ada beliau optimis perkara itu boleh berlaku, Mahdzir sekali lagi menegaskan yang beliau enggan mengulas lanjut dan perkara itu sedang diusahakan.

“Rundingan itu masih berjalan. Tak bolehlah beritahu banyak sangat, cukuplah apa yang saya katakan tadi,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat