Parlimen bubar tahun ini, PM akan persembah tarikh kepada Agong

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno mencapai konsensus supaya pembubaran Parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan pada tahun ini juga.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan menyatakan, berdasarkan keputusan MKT ini Perdana Menteri akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran kepada Yang di-Pertuan Agong
selaras dengan Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan.

“Keputusan mesyuarat MKT malam ini adalah berasaskan pendirian konsisten Umno sejak dari awal untuk memulangkan mandat rakyat yang tertangguh akibat pandemik Covid-19 setelah runtuhnya Kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana persengketan dalaman politik sesama mereka.

“Sehubungan itu, semua jentera parti di setiap peringkat adalah diarahkan untuk memuktamadkan segala persiapan yang telah dibuat sebelum ini bagi memasuki fasa pembubaran sehinggalah kepada tarikh PRU15,” katanya pada sidang media di Menara Datuk Onn pada Jumaat.

Ahmad menambah, Umno percaya hanya dengan mengembalikan hak rakyat bagi membolehkan mandat sebenar diperolehi.

“Maka sebuah kerajaan yang stabil dapat dibentuk bagi memulihkan negara khususnya dalam aspek ekonomi yang berkait rapat dengan soal kesejahteraan hidup mereka, di samping beberapa usaha pembaharuan institusi ke arah mewujudkan tadbir urus yang lebih baik buat negara,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat