Umno ‘gantung sepi’ status kerjasama dengan PAS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno tidak memberi sebarang kata putus berhubung kerjasama dengan PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan sekadar memberitahu bahawa mesyuarat MKT mengambil maklum berkenaan kunjungan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dengan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Hamidi.

Selepas membaca kenyataan media berkaitan pemberitahuan kedua-dua Presiden parti itu bertemu, Ahmad terus berlalu meninggalkan sidang media dan ‘menggantung’ status hubungan antara Umno dan PAS.

Bagaimanapun, Ahli MKT Umno, Datuk Seri Bung Moktar Radin memberitahu Umno dan PAS tidak bermusuh.

“Hubungan PAS setakat ini kita tidak berlawan, belum bergaduh.

“Kita bukan musuh tradisi macam orang lain…Muafakat Nasional (MN) masih on,” ulas beliau ringkas.

Sementara itu, ahli MKT, Datuk Zahidi Zainul Abidin memberitahu semua ahli MKT berpendapat bahawa Umno perlu bekerjasama dengan PAS untuk kepentingan ummah.

“Rundingan dengan kedua-dua Presiden dan jawatankuasa yang kita bentuk untuk lihat dapatan dari segi perbincangan dengan PAS,” kata Zahidi.

Manakala seorang lagi ahli MKT, Dira Abu Zahar mengulas Umno sedang mencari solusi apa yang terbaik untuk negara mengenai hubungan dengan PAS.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat