Hafarizam dilantik Pengerusi Lembaga Disiplin, Zaharin dipecat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno menerima peletakkan jawatan Tan Sri Zulhasnan Rafique sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin Umno .

Umno merakamkan ucapan terima kasih atas khidmat yang telah beliau berikan.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan mengumumkan, sebagai penggantinya, MKT bersetuju untuk melantik Datuk Mohd Hafarizam Harun sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin Umno yang baru.

Dalam perkembangan lain, Ahmad juga memaklumkan MKT memecat Datuk Zaharin Mohd Yasin daripada menjadi ahli Umno berkuat kuasa serta merta mengikut Fasal 10.6 dibaca bersama Fasal 5.9 kerana melanggar Etika Ahli Umno di bawah Fasal 20.9 Perlembagaan Umno.

Zaharin sebelum ini pernah mendakwa Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai perompak, pencuri dan penyangak sama seperti Datuk Seri Najib Razak.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat