Jika Umno, BN tolak, PAS siap gerak dengan PN – Sanusi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jentera PAS kini berada pada tahap terbaik untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada bila-bila masa sahaja bersama gabungan Perikatan Nasional (PN).

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menyatakan, PAS bersedia menghadapi PRU-15 di sebalik kemelut melibatkan kerjasama di antara parti itu dengan Barisan Nasional (BN) atau Umno sebelum ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Kedah itu berkata, PAS sentiasa mengambil sikap terbuka dalam membincangkan kerjasama dengan BN atau Umno termasuk kesediaan menerima penolakan parti itu yang dianggap tidak menjejaskan jentera parti.

“Nak kawan ka tidak, kita tak tau tetapi sekilas ikan di air kita sudah tahu jantan betina. Jadi sekali mereka (BN) bercakap kita sudah tahu nak kawan ka nak lawan.

“PN? Alhamdulillah sudah bersedia sepenuhnya dari atas ke bawah di peringkat negeri walaupun belum lancar secara rasmi jentera PN Kedah seperti mana seperti Terengganu.

“Selepas ini, pada 9 Oktober pelancaran PN Perak dan kemudian itu di Kedah tarikh daripada Pengerusi PN pada masa kelapangan beliau,” katanya lapor Utusan di Alor Setar pada Jumaat.

PAS dalam kenyataan terbaru melalui Mursyidul Amnya, Datuk Hashim Jasin hari ini menegaskan parti itu akan meneruskan usaha ke arah penyatuan bersama Umno sekali pun gagal berbuat demikian pada PRU-15.

Sanusi menambah, pihaknya berkeyakinan bahawa tanpa kerjasama dengan BN itu dalam PRU-15, Pas akan terus mendapat mandat daripada pengundi kerana kekuatan PN.

“Pada masa ini parti yang bergabung membentuk PN sedang mengukuhkan jentera pilihan raya masing-masing. Semua parti bentuk PN siap sedia sepenuhnya. Kita akan hasilkan jentera PRU yang terkuat untuk hadapi sesiapa sahaja.

“Bila semua parti sedia, gabungan kita akan hasilkan jentera ketumbukan yang kuat untuk kita hadapi sesiapa saja dalam PRU15. Pas tidak ada isu di Kedah kita tidak amalkan rasuah, balaih (ambil) duit dan buat kerja buruk. Saya selalu pastikan Exco, wakil rakyat, Ahli Majlis kita buat kerja. Jangan merapu,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat