Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Wajib Vaksin Sebelum 1 November – JPA

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mewajibkan semua penjawat awam melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 sebelum 1 November ini.

Dalam kenyataan hari ini, JPA memaklumkan kelompok penjawat di seluruh negara yang belum mendaftar untuk divaksin adalah seramai 16,902 orang.

“Semua pegawai perkhidmatan awam Persekutuan dikehendaki segera melengkapkan vaksinasi mereka sebelum 1 November ini.

“Dalam tempoh ini, pegawai yang belum divaksin hendaklah hadir secara walk-in ke pusat pemberian vaksin (PPV) disediakan kerajaan,” katanya.

Menurut JPA, bagi pegawai yang tidak boleh divaksin atas sebab kesihatan, mereka perlu mengemukakan kepada Ketua Jabatan maklumat kesihatan yang disahkan pegawai perubatan kerajaan.

JPA berkata, tindakan tatatertib akan dikenakan terhadap pegawai yang masih belum divaksinasi selepas tarikh tersebut.

“Sekiranya pegawai awam belum mengambil vaksin selepas tempoh yang ditetapkan tanpa mendapatkan pengecualian daripada pegawai perubatan kerajaan, maka pegawai tersebut boleh dikenakan tindakan tatatertib selaras dengan peraturan semasa yang berkuat kuasa.

“Semua pegawai awam adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993],” katanya.

Setakat ini, jumlah peratusan pegawai awam Persekutuan yang mengambil vaksin mencapai hampir 98 peratus, manakala kelompok mereka yang masih belum mendaftar untuk divaksin adalah kecil iaitu hanya 1.6 peratus.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat