Harga Bahan Binaan Sentiasa Dipantau, Kurangkan Beban Kontraktor Kecil

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Harga bahan binaan akan sentiasa dipantau oleh Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, langkah pemantauan itu bertujuan mengurangkan beban kepada kontraktor kecil.

Kata beliau, antara langkah yang diambil termasuk menguat kuasakan pekeliling baharu, iaitu PK2.4 Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga mulai 1 Januari hingga 30 Disember ini.

Ujar Fadillah, pekeliling baru itu termasuk meliputi harga barangan bagi kerja-kerja binaan seperti kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrikal.

“Aktiviti pemantau telah dilaksanakan sejak tahun 2002, dan dengan itu saya mengharapkan dapat membantu para kontraktor untuk membuat perbandingan harga.

“Insya-Allah kita akan terus memantau memastikan bahawa harga barang ini akan dapat dikawal. Sejak pembukaan semula beberapa sektor ekonomi, kita dapat harga barang sudah agak stabil,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Khamis.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) yang mahu tahu apakah langkah yang diambil bagi menangani kos bahan binaan yang meningka akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mengulas lanjut, Fadillah berkata CIDB juga telah menjalankan pemantauan harga binaan dan menerbitkannya melalui portal National Construction Cost Centre.

Katanya, harga barang binaan tersebut akan dikumpulkan dengan kerjasama beberapa persatuan berkaitan pembinaan dan perolehi daripada kontraktor.

Bukan itu saja kata beliau sepanjang tempoh pelaksanaan PKP sejak 18 Mac tahun lalu, industri pembinaan dianggarkan mengalami kerugian sebanyak RM42 bilion.

“Daripada jumlah tersebut, RM18 bilion adalah anggaran kerugian dalam tempoh PKP 3.0 yang bermula pada 1 Jun 2021 sehingga September 2021.

“Sementara bakinya RM24 bilion merupakan kerugian daripada pelaksanaan PKP 1.0 pada 2020 yang menjejaskan pelaksanaan kerja pembinaan daripada Mac hingga Julai 2020,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat