MN Sabah tak terbubar, hanya beberapa individu tak puas hati letak jawatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Muafakat Nasional (MN) Sabah tidak terbubar seperti dilaporkan sebaliknya diterus sebagai sebuah NGO berdaftar dan bukannya parti politik.

Setiausaha Eksekutif MN, Datuk Mohd Irwan Rizal berkata, Sekretariat MN juga telah menerima maklumat menerusi media berkenaan peletakan jawatan beberapa individu di peringkat Jawatankuasa Penaja MN Sabah berikutan beberapa orang yang tidak berpuas hati mengenai perkara tertentu.

“Oleh kerana Jawatankuasa tersebut masih berstatus penaja dan sebahagian yang terlibat belum disahkan pelantikannya, maka ianya boleh diterima tanpa sebarang masalah.

“Sukacita dinyatakan bahawa MN Sabah tidak terbubar malah diteruskan seperti biasa.

“Susunan jawatankuasa penajanya akan dimaklumkan seberapa segera setelah maklumat lanjut diperolehi,” kata beliau dalam kenyataan pada Jumaat.

Justeru, Irwan mewakili MN menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada semua individu-individu yang terlibat.

Menurut beliau lagi, MN tidak boleh digerakkan sebagai sebuah parti sebaliknya akan terus kekal sebagai NGO berkerjasama dengan semua parti politik yang mendokong aspirasi yang sama dengan dasar dan matlamat MN.

Menjelaskan perkara berkenaan, Irwan memaklumkan pada 3 Ogos 2024, Pengerusi Jawatankuasa PROTEM Perhubungan MN Sabah melalui Mesyuarat Jawatankuasa nya mencadangkan agar Muafakat Nasional dijadikan sebagai sebuah parti politik dengan nama Parti Muafakat Nasional serta mencadangkan agar Tan Sri Annuar Musa untuk menerajui sebagai Presiden parti.

“Sukacita di tegaskan, sesuai dengan kelulusan Pendaftar Pertubuhan, Muafakat Nasional ( MN ) akan terus kekal sebagai sebuah badan NGO yang berdaftar.

“MN telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 19 September 2019 sebagai NGO,” ujarnya.

Irwan berkata demikian sebagai respons kepada laporan berita yang mengatakan, kesemua 30 Ahli Jawatankuasa (AJK) mengambil keputusan untuk keluar daripada Muafakat Nasional (MN) Sabah dalam mesyuarat yang berlangsung semalam dan membubarkan badan bukan kerajaan (NGO) itu berkuat kuasa hari ini (semalam).

Pengerusi MN Sabah, Jismit Japong berkata keputusan itu dibuat kerana mereka hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Pengerusinya iaitu Tan Sri Annuar Musa dan kepimpinan pusat NGO tersebut.

Beliau berkata kepimpinan pusat MN juga tidak membuat sebarang perbincangan dengan Sabah berhubung pelantikan dua Ahli Dewan Tertinggi walaupun sebelum ini memberi mandat autonomi kepada MN Sabah.

“Pelantikan itu bercanggah dengan prinsip dan konsep MN kerana perkara yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran MN Sabah, perlu juga pihak MN Sabah diberi ruang untuk perbincangan bersama demi keutuhan MN,” katanya dalam sidang media di Kota Kinabalu.

Jismit berkata surat pembubaran itu akan diserah kepada MN pusat dalam tempoh 14 hari dan pihaknya kini merancang menubuhkan NGO baharu yang memfokus kepada kebajikan dan ekonomi Sabah.

Semakan di laman sesawang rasmi MN (https://muafakatnasional.org.my/) memaklumkan bahawa MN bukan sebuah parti politik sebaliknya NGO yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat