Malaysia tak iktiraf Peta Standard China Edisi 2023, tuntut rundingan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Malaysia tidak mengiktiraf tuntutan China di Laut China Selatan, seperti yang digariskan dalam “Peta Standard China Edisi 2023” yang meliputi kawasan maritim Malaysia.

Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan pada Rabu menegaskan, peta tersebut sama sekali tidak mengikat Malaysia.

“Kementerian Luar Negeri merujuk kepada “Peta Standard China Edisi 2023” (2023 edition of the standard map of China) yang dikeluarkan Kementerian Sumber Asli Republik Rakyat China pada 28 Ogos 2023.

“Peta tersebut, antara lain, menunjukkan tuntutan maritim sepihak (unilateral act) China yang melangkau kawasan maritim Malaysia di Sabah dan Sarawak berdasarkan Peta Baru Malaysia 1979.

“Seperti yang ditegaskan Kerajaan Malaysia berhubung isu Laut China Selatan sebelum ini termasuk is persempadanan maritim, Malaysia secara konsisten menolak tuntutan kedaulatan, hak kedaulatan dan bidang kuasa mana-mana pihak asing ke atas fitur maritim atau kawasan maritim negara kita berdasarkan Peta Baru Malaysia 1979,” tegas Kementerian Luar Negeri.

Jelasnya, Malaysia berpandangan bahawa isu Laut China Selatan merupakan isu yang kompleks dan sensitif.

Kementerian Luar berkata, isu ini perlu dikendalikan secara aman dan rasional melalui dialog dan rundingan berdasarkan peruntukan undang-undang antarabangsa, termasuk Konvensen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1982 (UNCLOS 1982).

“Malaysia komited untuk terus bekerjasama bagi memastikan sema pihak melaksanakan Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (Declaration on the Conduct of Parties in the South China Sea – DOC) secara menyeluruh dan efektif.

“Malaysia juga komited terhadap proses rundingan Kod Tatalaku di Laut China Selatan (Code of Conduct in the South China Sea – COC) yang efektif dan substantif, serta terhadap sasaran untuk memuktamadkan COC seawal mungkin,” katanya.

Semalam, media melaporkan Kementerian Sumber Asli China menerbitkan Peta Standard China Edisi 2023 yang meliputi sebahagian besar perairan Malaysia berhampiran Sabah dan Sarawak.

Peta itu antara lain menggabungkan kawasan yang menjadi pertikaian khususnya membabitkan kawasan Arunachal Pradesh, wilayah Aksai Chin, Taiwan dan Laut China Selatan.

Ia turut membabitkan kawasan maritim zon ekonomi eksklusif (ZEE) Malaysia berhampiran Sabah dan Sarawak, Brunei, Filipina, Indonesia dan Vietnam.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat