HONOR bekerjasama dengan TIME yang menggabungkan teknologi dengan fesyen

- Advertisement -

Gabungan Teknologi-Fesyen: HONOR dan TIME bakal tayang ciptaan teknologi masa depan di IFA 2023 Membawa nafas baru dalam fesyen dan gaya hidup dengan teknologi terbaik

KUALA LUMPUR, 30 OGOS 2023 – Bertempat di Berlin pada 1 September, IFA 2023 bakal menjadi pentas kepada gandingan HONOR dan TIME untuk memperkenalkan konsep masa depan ciptaan telefon pintar hasil gabungan teknologi dan fesyen. HONOR memiliki reputasi tersendiri sebagai salah satu pencipta teknologi terbesar yang sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan pemain terbesar dalam industri mudah alih. HONOR sering tampil berani dan berinovasi dalam menghasilkan ciptaan teknologi termaju, membuatkan peminat sering ternanti-nanti ciptaan seterusnya. Kini, dunia tidak sabar untuk menyaksikan sesuatu yang dikatakan penerokaan tentang teknologi, fesyen, kelestarian, dan gaya hidup.

HONOR X Time: Menyingkap dunia masa depan di IFA 2023

Memberi bayangan bertulis“UNFOLD TOMORROW”di laman rasmi HONOR dan media sosial, peminat seluruh dunia menjangkakan sesuatu yang menakjubkan daripada HONOR dan TIME 100. Buat peminat yang masih tertanya-tanya tentang ‘teaser’ itu, kini hanya tinggal satu hari sahaja lagi untuk menyaksikan pelancarannya yang berlangsung di Berlin.

Sekilas pandang tentang gaya hidup masa depan

‘Teaser’HONOR untuk IFA 2023  menjadi pentas satu  penanda aras baru – titik pertemuan hebat antara teknologi dan fesyen yang menjanjikan perubahan dalam dunia kita. Mengambil inspirasi daripada pemikir terhebat dalam industri, kerjasama ini menggambarkan dasar tentang teknologi mampu mengubah gaya hidup.

Personaliti fesyen terkenal seperti Giles Deacon, Pereka Couture di Giles Deacon Group; Bram Van Diepen, Pengarah Rekaan di BURBERRY Menswear; dan Anne-Marie Tomchak, Wartawan dan bekas Pengarang Vogue, akan memeriahkan pentas IFA 2023. Pandangan dan visi mereka akan memberi pencerahan kepada gaya hidup masa depan apabila teknologi dan fesyen bersatu serta bergerak seiring.

Menghayati #UnfoldTomorrowsLifestyle

Kehendak manusia tidak terbatas. Kita telah menyaksikan bagaimana teknologi kebelakangan ini mengubah cara hidup kita, menambah baik kerja kita dan menginginkan ciri-ciri yang dapat membuatkan hidup kita menjadi lebih baik. Hanya mendapat sekilas pandang daripada ‘teaser’, kita amat teruja sama seperti peminat yang menanti ciptaan terbaharu HONOR dan TIME 100 ditawarkan di pasaran. Berikut adalah video ‘teaser’ yang pasti akan membuatkan peminat terus teruja: https://www.instagram.com/p/CwhW7vxIKvt/

Ikuti tayangan perdana secara penuh HONOR di Ucaptama IFA pada 1 September, jam 4 petang: https://www.hihonor.com/global/events/honor-ifa/ .

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat