SkyAvenue Resorts World Genting tawar kelainan rai Hari Kebangsaan

- Advertisement -

SkyAvenue Resorts World Genting tawar kelainan rai Hari Kebangsaan

 
GENTING HIGHLAND — Bersempena cuti sekolah dari 28 Ogos hingga 3 September 2023, orang ramai berpeluang Menyambut Hari Kebangsaan sambil bercuti di Resorts World Genting yang terletak 6ribu kaki di atas paras laut, merupakan pengalaman yang baru dan pastinya menyegarkan.

Kali ini, Resorts World Genting menyediakan pelbagai aktiviti dan tawaran makanan yang menyeronokkan bersempena sambutan Hari Kebangsaan dengan hashtag #RWGMerdekaCaraKita.
 
Resorts World Awana (RWA) akan menjamu pengunjung dengan pesta trak makanan di tempat letak kereta terbuka, dari jam 3 petang hingga 11 malam.

Melalui kerjasama dengan TAPAK Urban Street Dining, pengalaman yang unik ini dilengkapi dengan persembahan busking dan cahaya unggun api.

Antara pilihan yang menarik ialah Nacholaslah, gabungan rasa Mexico dengan sentuhan tempatan yang menyajikan taco dan quesadilla dengan inti unik seperti rendang ayam dan daging, manakala Harimau Lok Lok menawarkan pelbagai jenis makanan yang dicucuk dengan lidi yang menyelerakan.

Tidak ketinggalan, Shell Out Fusion oleh pasukan F&B RWA yang menyajikan hidangan makanan laut yang luar biasa dengan menggabungkan khazanah laut dengan pelbagai jenis sos yang lazat.

Bagi mereka yang meminati hidangan klasik Malaysia, terdapat Pak Tam Char Kway Teow, Mat Rock Ayam Kunyit dan juga Mimie Coconut Shake.
 
Selain itu diadakan juga pameran MEOWsome, salah satu program unik di pesta ini dan anda boleh mengambil peluang untuk berkenalan dengan pemilik dan peminat kucing yang lain.

Pengalaman lain dari yang lain, anda juga boleh membawa kucing anda bersama!

Menambahkan lagi keterujaan, pada 31 Ogos kucing yang dibawa bersama boleh dihias dengan pakaian bertema “Patriotik” untuk pertunjukan fesyen kucing.

Pendaftaran bermula pada jam 5 petang, dan pertandingan akan bermula pada jam 7 malam.

Kucing yang menggayakan tema patriotik akan membawa pulang hadiah yang menarik daripada Kelab Meow United.

Pertunjukan SkySymphony juga akan diadakan setiap jam dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Turut diadakan tarian 1,001 bola kinetik digantung dari siling empat tingkat dalam irama sempurna dengan simfoni lampu, muzik dan teknologi akan dipertontonkan.
 
Pertunjukan ini akan menyaksikan Mia menggunakan bola futuristik dan mendarat di Kuala Lumpur moden.

Dalam pengembaraannya untuk menerokai warisan budaya Malaysia, beliau diiringi oleh Awan, Siamang yang pandai menari.

Mereka mengambil bahagian dalam beberapa siri aktiviti kebudayaan, yang membawa kepada persembahan akhir di Resorts World Genting bertemakan #RWGMerdekaCaraKita, meraikan kesepakatan, kepelbagaian dan keharmonian negara kita

Selain itu, di Gohtong Way, Central Park yang terletak di Taman Tema Genting SkyWorlds adalah syurga percuma untuk semua peringkat umur yang akan bertukar menjadi dunia magis selepas matahari terbenam.
 
Gohtong Way akan dibuka setiap hari dari jam 6 petang hingga jam 11 malam, kecuali pada hari Selasa, melainkan jatuh pada cuti umum Malaysia.
 
Menjelang Hari Kebangsaan, pertunjukan bunga api di Gohtong Way akan berubah menjadi pemandangan yang berkilauan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat