Tun Sakaran Meninggal Dunia Akibat Jangkitan COVID-19

- Advertisement -

KOTA KINABALU: Bekas Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Sakaran Dandai disahkan meninggal dunia sekitar jam 6 pagi tadi.

Perkhabaran itu disahkan anak ketiganya, Datuk Seri Nasir Sakaran sebentar tadi.

“Ya ayah sudah meninggal dunia. Kami dimaklumkan oleh pihak hospital pada pukul 6 pagi.

“Jenazah akan diuruskan di Masjid Negeri dan akan dimakamkan di Makam Pahlawan,” katanya.

Terdahulu, Allahyarham, 91 tahun, dilaporkan dimasukkan ke sebuah hospital swasta sejak 18 Ogos susulan dijangkiti COVID-19.

Sakaran, berasal dari Semporna, berkhidmat sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah ke-8 bermula 1 Jan 1995 hingga 31 Dis 2002.

Beliau sebelum itu pernah menjadi Ketua Menteri Sabah ke-8 pada 1994.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat