Pesakit COVID-19 masuk ICU di Lembah Klang menurun -Dr Noor Hisham

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kemasukan pesakit COVID-19 ke ICU di hospital-hospital Lembah Klang menunjukkan trend penurunan selari dengan peningkatan liputan vaksinasi dos yang lengkap,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abddullah.

Jelas beliau, kadar vaksinasi COVID-19 yang kian meningkat khususnya di Lembah Klang terus menunjukkan tanda-tanda awal yang positif.

“Alhamdulillah, kadar vaksinasi COVID-19 yang kian meningkat khususnya di Lembah Klang terus menunjukkan tanda-tanda awal yang positif.

“Terkini, kemasukan pesakit COVID-19 ke ICU di hospital-hospital Lembah Klang menunjukkan trend penurunan selari dengan peningkatan liputan vaksinasi dos yang lengkap.

“Di Hospital Sungai Buloh khususnya, kemasukan pesakit COVID-19 kategori 4 dan 5 semakin berkurangan,” kata beliau pada Isnin.

Dr Noor Hisham menyeru semua agar sama-sama berusaha memastikan diri sendiri dan ahli keluarga tersayang yang layak menerima dos vaksinasi lengkap bagi mengurangkan risiko keterukan penyakit yang serius dan kemasukan ke hospital, mengurangkan risiko kemasukan ke ICU dan mengurangkan risiko kematian akibat COVID-19.

“Mengambil dos lengkap vaksin COVID-19, memakai pelitup muka (sebaik-baiknya double face mask dan face shield), menjaga penjarakan fizikal dengan mengelakkan 3S (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat) dan kerap mencuci tangan adalah usaha dan ikhtiar kita untuk mencegah dan membendung penularan jangkitan virus COVID-19.

“Lindung diri, lindung semua,” ujar beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat