Jabatan Peguam Negara jamin pendakwaan RCI Tabung Haji tidak akan dipengaruhi tekanan luar, sentimen awam

SEREMBAN – Jabatan Peguam Negara (AGC) memandang serius penemuan-penemuan yang terkandung di dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji berhubung hal ehwal pengurusan, pelaburan dan dakwaan salah laku.

Justeru, AGC akan mengambil tindakan segera meneliti laporan berkenaan bagi memastikan segala aspek siasatan oleh badan-badan penguatkuasa dapat dilaksanakan dengan menyeluruh dan komprehesif agar pertimbangan sewajarnya dapat dibuat bagi menentukan sama ada wujud sebarang pelanggaran undang-undang yang memerlukan tindakan pendakwaan dilaksanakan.

AGC menyambut baik pengumuman keputusan Jemaah Menteri untuk Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Bagi Menyiasat Isu Pengurusan dan Operasi Lembaga Tabung Haji Dari Tahun 2014 Hingga 2020 dibuat pengelasan semula dan didedahkan kepada umum.

“Tindakan dan komitmen Jabatan ini adalah selaras dengan tanggungjawab perlembagaan Jabatan ini untuk memastikan siasatan senantiasa dijalankan mengikut peruntukan undang-undang dan bukti yang ada.

“AGC memberi jaminan bahawa sebarang keputusan pendakwaan, sekiranya perlu, akan dibuat berdasarkan undang-undang dan keterangan yang boleh diterima, tanpa dipengaruhi tekanan luar atau sentimen awam.

“Bagi memelihara integriti proses siasatan maka orang awam disaran agar tidak membuat sebarang spekulasi, andaian atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan siasatan dan menurunkan keyakinan terhadap kewibawaan dan kelangsungan Lembaga Tabung Haji dalam melaksanakan peranannya menurut Akta Tabung Haji 1995 [Akta 535],” tegasnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat