KUALA LUMPUR – Mahkamah hari ini menolak permohonan polis dan telah membebaskan kedua-dua serta merta.
Ketua Penerangan Armada Bersatu Harris Idaham memaklumkan dua majistret berbeza telah menolak permohonan polis pada 2 hari yang berbeza.
Katanya, hal ini membuktikan bahawa polis tidak mempunyai sebab yang kukuh untuk menahan reman individu-individu tersebut.
Ujar Harris, ini merupakan kemenangan rakyat, Armada menyeru agar pihak berkuasa menghentikan intimidasi politik terhadap masyarakat yang mempunyai hak untuk bercakap, berhimpun dan berpesatuan seperti yang tertulis dalam Perlembagaan Perkara 10,” katanya.
“Seperti yang dimaklumkan pada 29 Julai 2025 polis telah membuat 2 lagi tangkapan berhubung Perhimpunan Aman Turun Anwar.
“Tangkapan kedua melibatkan Syafiq Aziz (Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Ayer Hitam) dan Furqan Hakimi (Setiausaha Kerja Armada Bersatu Perak).
“Total keseluruhan tangkapan adalah 4 orang termasuk Chegubard dan Ikhwan yang ditangkap pada 28 Julai 2025 dan dibebaskan pada 29 Julai 2025,” katanya.
Hal ini susulan, pada pagi ini sekitar jam 11, Majistret IPD Dang Wangi telah mendengar permohonan reman polis untuk menyambung reman selama 4 hari namun permohonan itu ditolak.



