Pas tak lapar jawatan, tak terngiur tawaran jadi TPM – Idris

KUALA LUMPUR – Pas tidak tergoda dengan cerita lama tawaran jawatan Timbalan Perdana Menteri sekiranya masuk Kerajaan Perpaduan.

Naib Presiden Pas Idris Ahmad membidas cadangan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Maszlee Malik dengan umpan jawatan.

“Tiba-tiba MT PKR Dr Maszlee Malik buka cerita Pas akan ditawar jawatan TPM kalau masuk Kerajaan Perpaduan. Entah mimpi waktu tidur ke, atau memang tugas khas nak alih perhatian dari kapal yang sedang karam?

“Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) PN 25 Julai lalu jelas, tiada ruang untuk bersekongkol dengan puak yang sedang tenggelam dalam krisis kepercayaan rakyat.

“Pas tak lapar jawatan, lebih-lebih lagi bila jawatan itu datang dari dapur yang sedang berasap dan dapur sendiri pun tak terurus. Nak ajak Pas masuk kapal bocor, lepas tu hulur pelampung bernama TPM? Maaf, Pas tidak jual maruah demi jawatan,” selar Idris.

Beliau malah mengingatkan, sedangkan rakyat baru bagi isyarat jelas, demo Turun Anwar 26 Julai buktikan semangat rakyat bersama PN.

“Walaupun ‘cuma’ 15,000 hadir dan tinggalkan ‘hadiah’ 20 tan sampah, cukup buat geng perpaduan berpeluh dalam bilik mesyuarat.

“Jangan risau, kita terus mara, tak perlu umpan jawatan, apatah lagi umpan dari kapal yang senget,” kata Idris.

Terdahulu Maszlee berkata berdasarkan kenyataan Mursyidul Am Pas Datuk Hashim Jasin, parti itu dilihat tidak percaya kepada Pengerusi PN Muhyiddin Yassin dan ketua pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Kata Maszlee, di mata Hashim, ada ramai pemimpin yang berkebolehan untuk menjadi perdana menteri namun mereka hanya akan menamakan calon mereka berkuasa.

“Seeloknya Pas bersama kerajaan perpaduan untuk menguatkan perdana menteri sedia ada, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, demi rakyat, negara dan ummah sedunia.

“Jika bersama kerajaan perpaduan, peluang wakil Pas untuk menjadi timbalan perdana menteri lebih cerah dan ini akan merancakkan pembangunan negara,” kata Maszlee.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat