Anwar tuntut anak-anak Dr Mahathir bayar balik atau jelaskan sumber dana

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut anak-anak Tun Dr Mahathir Mohamad membayar semula wang kepada kerajaan melainkan mereka menjelaskan dari mana sumber dana kekayaan tersebut.

Bercakap di Jakarta Indonesia ketika ditemu bual wartawan Najwa Shihab, Anwar mempersoalkan hasil kekayaan anak-anak bekas Perdana Menteri itu.

Untuk rekod sebelum ini, Tan Sri Mokhzani Mahathir memiliki aset bernilai kira-kira RM1 bilion manakala Mirzan Mahathir sebanyak RM246.2 juta seperti diisytiharkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Dalam himpunan “Turun Anwar” ramai daripada mereka yang bicara keras dia pernah memerintah dulu banyak kes korupsi itu menjadi masalah kepimpinan kita.

“Saya tidak pilih untuk mendera orang dengan tuduhan palsu, saya serahkan kepada SPRM tapi kalau ternyata dia declare (isytihar), bukan orang tuduh.

“Dia declare, saya (Mahathir) punya ini atau anak saya RM1.2 bilion, seorang lagi RM4 bilion – bayarlah mereka-mereka,” seru Anwar.

Bagaimanapun Anwar yang juga Menteri Kewangan memberitahu adalah aneh kerana pembangkang di Malaysia mempertahankan perkara itu.

“Tapi ini pembangkang pertahankan, anehkan? Sepatutnya pembangkang itu keras melawan rasuah.

“Tapi pembangkang melindungi para koruptor. Kerana ini didukung oleh Pak Mahathir (Dr Mahathir).

“Ya, anaknya declare punya RM1.2 bilion – bayar balik melainkan you explain dari mana sumber dana,” tegas Anwar.

Beliau malah mempersoalkan adakah anak perdana menteri atau anak menteri harus punyai bilion-bilion ringgit?

“Apa anak perdana menteri, anak menteri harus punya bilion-bilion?

“Saya mau stop ini, reformasi ini bukan sekadar di atas kertas bukan hanya peraturan,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat