Perlakukan Agong sebagai ‘rubber stamp’, kerajaan PN dikritik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) sebagai respons balas kepada titah Yang di-Pertuan Agong diangggap sebagai biadab sekali gus membelakangi Seri Paduka Baginda sebagai Raja Berperlembagaan, kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

“Walaupun Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan bahawa Seri Paduka Baginda perlu bertindak di atas nasihat Jemaah Menteri, amatlah salah untuk kita perlakukan Tuanku hanya sebagai ‘rubber stamp’ Jemaah Menteri atau sebagai ‘pak turut’ yang hanya mengikut segala arahan Jemaah Menteri walaupun nasihat itu jelas salah

“Sebagai Raja Berperlembagaan, Seri Paduka Baginda mempunyai hak untuk mendapatkan nasihat, hak untuk menasihati dan hak untuk memberi peringatan kepada Perdana Menteri dan Jemaah Menteri,” jelas beliau.

Menurut Ahli Parlimen Kulim- Bandar Baharu itu lagi, sebagai pelindung Perlembagaan Persekutan, Seri Paduka Baginda juga berhak menolak nasihat yang melanggari Perlembagaan atau cacat (defective).

Bahkan katanya, Tuanku juga berhak memberi peringatan atau teguran kepada Jemaah Menteri berkenaan sebarang cadangan yang melanggari Perlembagaan dan menasihati Jemaah Menteri untuk perbetulkan kecacatan atau kesalahan tersebut.

“Perkara 150(2C) dan (3) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan Parlimen perlu memutuskan usul untuk membatalkan Proklamasi Darurat dan Ordinan-Ordinan Darurat. Penerangan Menteri tidak memenuhi keperluan yang terkandung di dalam Perkara 150(2C) dan (3) tersebut.

“Seri Paduka Baginda amat tepat untuk mengarahkan Datuk Seri Takiyuddin Hassan selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) dan Tan Sri Idrus Harun, Peguam Negara untuk membentangkan Proklamasi Darurat dan Ordinan-Ordinan Darurat di Parlimen untuk dibahas dan diputuskan sewaktu sidang khas yang bermula 26 Julai 2021,” katanya

Bagaimanapun jelas Saifuddin, Takiyuddin dan Idrus telah gagal menasihati Kerajaan untuk membentang Proklamasi Darurat dan Ordinan-Ordinan supaya boleh diputuskan Parlimen, dan dengan itu telah mengingkari titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Tambahan pula katanya, Takiyuddin telah mengelirukan Ahli-Ahli Dewan Rakyat pada 26 Julai 2021 dengan berkata bahawa Ordinan-Ordinan Darurat telah dibatalkan pada 21 Julai walhal perkara ini langsung tidak benar. Seri Paduka Baginda belum memberi perkenan, dan pembatalan tersebut tiada di dalam Warta Kerajaan sehingga kini.

“Saya amat kesal membaca kenyataan media Pejabat Perdana Menteri bertarikh 29 Julai 2021 yang membalas kenyataan Istana Negara bukan sahaja sebagai biadab dan tidak menghormati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tetapi juga telah dengan jelas membelakangi Seri Paduka Baginda sebagai Raja Berperlembagaan, iaitu satu simbol kestabilan, perpaduan negara dan pelindung

“Menteri telah membelakangi Yang di-Pertuan Agong dengan mengumumkan bahawa Ordinan-Ordinan Darurat telah dibatalkan pada 21 Julai 2021, walhal pembatalan belum lagi diperkenan Baginda.

“Dalam keadaan ini, kenyataan oleh Pejabat Perdana Menteri telah merosakkan lagi keadaan. Perdana Menteri dan Jemaah Menteri gagal memohon ampun di atas kesalahan yang telah mereka lakukan, malah dengan begitu biadabnya mereka terus mempertikai dan mencabar bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah salah bertindak.

“Oleh itu, Perdana Menteri dan seluruh Jemaah Menteri wajib meletakkan jawatan sekarang,” desak beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat