Muhyiddin Tak Boleh Lepas Tangan, Mesti Letak Jawatan, Kata Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Muhyiddin Yassin mesti bertanggungjawab atas tindakan kerajaannya dan meletak jawatan sebagai perdana menteri, kata Najib Razak.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, walaupun seorang lagi individu (Menteri Undang-undang Takiyuddin Hassan) telah mengelirukan Dewan Rakyat, tanggungjawab mengenai kesalahan itu tetap terletak atas bahu Perdana Menteri sendiri.

“Susulan rasa murka yang dizahirkan Yang di-Pertuan Agong, saya berpendirian bahawa Perdana Menteri Muhyiddin mesti mengambil tanggungjawab atas apa yang telah berlaku.

“Pilihan yang terbaik adalah untuk beliau berundur secara terhormat kerana ini akan mencerminkan bahawa Perdana Menteri mengambil tanggungjawab terhadap apa berlaku atas nama kerajaannya,” katanya dalam sidang media hari ini.

“Pokoknya, beliau tidak boleh meletakkan tanggungjawab itu atas bahu pihak lain.”

Najib berkata, beliau sendiri tampil bertanggungjawab atas segala apa yang berlaku ketika menjadi perdana menteri.

Beliau berkata pendiriannya mendesak Muhyiddin berundur adalah selaras dengan tanggungjawabnya sebagai Ahli Parlimen untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

“Ini bukan desakan peribadi, Ini persoalan prinsip asas hal ehwal kerajaan, khususnya daripada segi demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan,” kata Najib.

Tambahnya, Umno juga memutuskan menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, tetapi masih menyokong pentadbiran Perikatan Nasional (PN).

Terdahulu hari ini, Istana Negara mengeluarkan kenyataan bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak memperkenan pembatalan Ordinan-ordinan Darurat yang diumumkan Menteri Undang-undang Takiyuddin Hassan di Parlimen pada Isnin.

Susulan itu, Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan bahawa pembatalan ordinan terbabit dibuat mengikut landasan undang-undang.

– FMT

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat