Bawa Singa Jalan-Jalan

- Advertisement -

Kaherah: Pihak berkuasa Mesir merampas singa daripada seorang lelaki yang dilaporkan membawa haiwan liar itu ketika dia bersiar-siar di jalan Ain Sokhna di sini.

Tindakan itu diambil selepas pihak berkuasa mengesan sebuah rakaman video yang tular di media sosial.

Arab News melaporkan lelaki terbabit turut ditahan bersama dua lagi individu dipercayai rakannya.

Difahamkan, lelaki itu adalah seorang jurugambar.

Kisahnya mendapat perhatian selepas rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan dia bersiar-siar di jalan bersama seekor singa yang diletakkan di bahunya.

Turut kelihatan dalam rakaman video itu adalah dua lelaki dipercayai rakan lelaki itu yang mengekori daripada belakang.

Media tempatan melaporkan, singa berusia lima bulan itu dibawa keluar tanpa kebenaran.

Tujuannya adalah untuk sesi fotografi dan menarik kehadiran pelancong ke kawasan berkenaan.

Singa itu tidak bertindak agresif, jauh sekali cuba mencederakan individu sekeliling.

Bagaimanapun, netizen memberikan pelbagai reaksi selepas tularnya video berkenaan.

Antaranya adalah peringatan bahawa kawasan perumahan bukan habitat untuk haiwan liar seperti singa.

Sementara yang lain menyifatkan tindakan jurugambar itu boleh mengancam keselamatan orang awam dan penduduk setempat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat