Rakyat Negeri Pahang Diingatkan Patuhi SOP Sepanjang Sambutan Aidiladha – Wan Rosdy-

- Advertisement -

PAHAHG: Menteri Besar Pahang YAB Dato Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail mengingatkan rakyatnya agar berwaspada dengan ancaman wabak Covid-19 yang masih belum berakhir, katanya.

“Walaupun banyak sektor sudah dibenarkan beroperasi seperti perniagaan, persekolahan, ekonomi tetapi penularan wabak ni masih aktif dimana-mana sahaja. Meskipun negara dapat mengekang penularannya tetapi ia bukanlah satu jaminan ancaman wabak pandemik ini sudah berakhir.

“Sejak beberapa kebelakangan ini, kes positif Covid-19 sudah mencatatkan beberapa kes, dan Pahang tidak terkecuali merekodkannya. Beliau selaku Menteri Besar amat berasa bimbang walaupun negara berada dalam fasa pemulihan, kata Wan Rosdy lagi.

“Jangan ambil mudah walaupun kes yang dicatatatkan kecil, langkah-langkah pencegahan perlu diperketatkan demi kesihatan rakyat negeri Pahang. Mulai 1 Ogos 2020, rakyat negeri Pahang digesa memakai pelitup muka ditempat awam yang sesak dan kegagalan berbuat demikian akan didenda RM1,000.

“Rakyat diingatkan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti memakai pelitup muka di tempat-tempat awam, sentiasa mencuci tangan denagn sabun atau ‘hand santizer’, mengamalkan penjarakan sosial dan elak bersentuhan atau bersalaman.

Sempena sambutan aidiladha esok, beliau menyeru agar rakyat negeri Pahang meraikannya dengan cara berhemah dan kesyukuran. Disamping itu, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) sudahpun mengeluarkan garis panduan dalam melaksanakan ibadah korban dalam tempoh PKPP, dan beliau  berharap rakyat dapat mematuhinya, katanya.

 

 

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat