PM Ucap Tahniah Kepada Presiden Baharu Filipina, Marcos Jr

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan tahniah kepada Ferdinand Romualdez Marcos Jr yang mengangkat sumpah sebagai Presiden baharu Filipina, hari ini.

“Saya berharap hubungan Malaysia dan Filipina akan terus kukuh demi kejayaan bersama,” kata Perdana Menteri, dipetik dari catatan di Facebooknya.

Marcos Jr, 64, mengangkat sumpah sebagai presiden ke-17 republik itu menggantikan Rodrigo Duterte selepas menang besar dalam pilihan raya pada Mei lepas.

Beliau akan berkhidmat sebagai Presiden sehingga 2028, sementara anak perempuan Duterte, Sara Duterte-Carpio, menyandang jawatan sebagai naib presiden.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat