Berbeza Pendapat Perkara Biasa, Tak Timbul Isu Dua Kem Dalam UMNO – Noh Omar

- Advertisement -

GEORGETOWN – Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Tan Sri Noh Omar menafikan UMNO kini berpecah kepada dua puak iaitu kem yang menyokong Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan kem Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Noh yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, beliau yakin perbezaan pendapat yang berlaku pada masa ini di dalam UMNO boleh diselesaikan dengan semangat kekeluargaan tanpa melibatkan anasir luar parti.

”Siapa kata ada kem, kalau dalam keluarga suami isteri pun ada berbeza pendapat, bapa dan anak pun boleh berbeza pendapat.

“Jadi dalam politik pun ada (beza pendapat), bagi saya ia perkara biasa dan perkara ini boleh diselesaikan dengan semangat kekeluargaan,” katanya selepas merasmikan penutup seminar pembangunan kapasiti kontraktor dan aplikasi pengecatan dan lapisan senibina di sini hari ini.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Rahman yang dilucutkan daripada jawatan ahli MT UMNO mendedahkan beberapa perkara dalaman parti itu antaranya pengakuan menandatangani Akuan Bersumpah (SD) kerjasama dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu, dikatakan terdapat pertemuan antara pimpinan UMNO di kediamannya pada Mei 2020 untuk meminta supaya Ahmad Zahid turun daripada jawatan Presiden.

Menurut Noh, sekiranya UMNO mempunyai dua kem seperti didakwa bermakna parti itu sedang mempunyai ‘perlawanan’ antara pemimpin, namun perkara itu tidak wujud.

”UMNO hanya ada satu kem, kita tidak ada kumpulan A atau kumpulan B.

”Kalau ada kumpulan A dan kumpulan B itu maksudnya kita ada perlawanan, ini mana ada, sebarang perbezaan pendapat di dalam UMNO yang wujud pada masa ini tidak bermakna kita berpecah,” katanya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat