Najib sokong Anwar jadi PM dengan syarat kes mahkamah tak diteruskan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan, Datuk Seri Najib Razak ada memberi surat akuan bersumpah (SD) untuk menyokong beliau menjadi Perdana Menteri namun dengan syarat kes mahkamah mensabitkan bekas perdana menteri itu “tidak diteruskan”.

Ketua Pembangkang itu berkata, beliau bagaimanapun enggan menuruti kehendak Najib itu dan membayangkan ia sebagai punca beliau gagal mendapat sokongan mencukupi untuk diperkenan menjadi Perdana Menteri menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Susulan pendedahan itu, Anwar bagaimanapun menjelaskan, gabungan Pakatan Harapan (PH) yang dipimpinnya kekal dengan prinsip tidak akan bekerjasama dengan Najib.

“Ada yang kata kita bersedia bersekongkol dengan kleptokrat, itu tidak benar.

“PH – DAP, Amanah PKR – tegas tidak akan bekerjasama dengan Najib. Itu jelas pendirian kita,” katanya lapor FMT.

Anwar mengesahkan pendedahan yang oleh dibuat bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman baru-baru ini bahawa beliau adalah saksi bahawa UMNO menghantar SD menyokongnya sebagai perdana menteri kepada Agong.

“Apa berlaku selepas itu adalah selepas ditandatangani saya diminta untuk memberi kepastian bahawa urusan mahkamah terutama melibatkan Najib tidak akan diteruskan dan saya harus guna kuasa saya selaku perdana menteri untuk memastikan ini tidak diteruskan.

“Saya tidak bersedia untuk melakukan itu. Oleh kerana keputusan tegas saya itulah maka Najib mengusulkan calon lain pada saat akhir dan menafikan saya,” katanya dalam satu majlis di Port Dickson.

Anwar turut mendedahkan bahawa Najib dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ialah antara 15 pemimpin UMNO yang membuat SD menyokong beliau sebagai perdana menteri.

Katanya, walaupun jumlah sokongan ahli Parlimen ketika itu cukup 120 orang dan membolehkan beliau menjadi perdana menteri, namun Pakatan Harapan (PH) menetapkan untuk menolak SD daripada Najib dan Zahid.

“PH pada ketika itu menyatakan walaupun jumlah sehingga 120, prinsip kita tak menerima SD daripada Najib dan Zahid tapi dia ada hak untuk tandatangan menyokong sesiapa.

“Jadi kita masih ada 118. Jadi walaupun jumlah cukup dan laluan untuk saya menjadi PM sudah cukup kuat, saya tidak bersedia untuk kompromi soal kebebasan badan kehakiman.

Tajuddin dalam satu sidang media Isnin lalu mendakwa beliau adalah saksi bahawa UMNO menghantar SD menyokong Anwar sebagai perdana menteri dalam satu pendedahan selepas digugurkan daripada MKT baru-baru ini.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata, SD yang diuar-uarkan itu memang wujud meskipun pemimpin UMNO melaungkan slogan “No DAP, No Anwar”.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat