Himpunan ‘rockers’ di Tawau

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Buat pertama kalinya daerah Tawau, Sabah akan dibanjiri golongan ‘rockers’ dengan berlangsungnya Festival Silaturrahim Kebudayaan Dan Gabungan 1,000 Rockers yang bermula, hari ini.

Program selama empat hari sehingga Ahad ini di Padang Bandaran Tawau anjuran HZ management dengan kerjasama Persolut Tawau ini menyajikan konsert rock yang mengundang nostalgia era 1980-an dan 1990-an.

Jurucakapnya, Zack Masa berkata, barisan artis nama besar dipilih untuk beraksi bagi menghiburkan peminat yang dahagakan persembahan hiburan.

“Sudah tiba masanya untuk saya bersama kawan-kawan bangkit kembali dalam industri muzik sambil menemui peminat bagi menjalinkan silaturrahim.

“Konsert Rock akan dimeriahkan oleh saya sendiri, Bandi Amuk, Wan Lestari, Asheed Def Gab C dan Azul Fair. Turut memeriahkan konsert adalah artis tempatan iaitu klon Amy Search bernama Bunga Laila. “Tak ketinggalan ialah persembahan artis etnik, Pengiran Kenny Maya dan penari etnik Persatuan Lundayeh Penan Tidung serta Bajau yang dibawakan oleh Persokut dengan sokongan dari Persatuan Komuniti Bugis Sabah,” katanya yang juga anggota kumpulan Masa.

Menurutnya, mereka tidak dapat membawa ramai artis kerana tidak mendapat tajaan yang besar untuk program ini.

“Apapun kami bersyukur beberapa pihak memberikan hadiah berupa hamper untuk aktiviti yang dijalankan bersama pengunjung.

“Kami menyediakan pelbagai aktiviti dan program menarik untuk pengunjung. Malam ini, kami mengundang pelajar Tahfiz untuk membaca al-quran, selawat dan qasidah.

“Program ini turut disokong Team Permotoran Black Eagle Retro 2 Roda dan bikers lain. Insya-Allah kami berhasrat untuk membawa festival ini menjelajah ke seluruh Sabah,” katanya.

Pihak HZ Management turut membuat jualan kemeja-T rasmi Gabungan 1,000 Rockers dan pelekat sempena konsert yang boleh dibeli pengunjung.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat