Tampil sifat luar biasa

- Advertisement -

SELEPAS beberapa tahun kurang aktif, penyanyi popular Ed Sheeran kembali merancakkan karier muziknya semula.

Terbaru, dia tampil dengan lagu berjudul Bad Habits.

Karya Sheeran, 30, tidak dinafikan sentiasa dinantikan peminat. Aura lagu-lagunya jelas berada di kelas tersendiri dan begitu juga dengan lagu terbabit.

Yang pasti kali ini dia tampil dengan pendekatan lebih menarik dan segar.

Menurutnya, dia memang sangat gembira apabila dapat kembali memeriahkan industri muzik.

“Senangnya hati dapat muncul semula dengan lagu baharu saya. Saya mahukan muzik video Bad Habits menggambarkan jenis sifat dengan cara luar biasa.

“Disebabkan itu, saya memutuskan untuk menampilkan puntianak. Ia sangat menyeronokkan apabila dapat menjayakan watak itu kecuali babak di tempat yang tinggi. Babak itu memang kurang menyeronokkan. Sila nikmatinya,” katanya berkongsi mengenai lagu pertaruhan terbarunya itu.

Baru-baru ini, Sheeran juga tampil menghiburkan Skuad Euro 2020 England menerusi persembahan eksklusif. Ia dilangsungkan ketika tempoh rehat mereka menjelang aksi menentang Jerman.

Persembahannya adalah berkonsepkan konsert akustik luar dewan di kem latihan mereka di St George’s Park.

Penyanyi lagu Perfect itu adalah antara pemuzik terkenal yang diberikan kebenaran khas untuk memasuki kem latihan skuad England.

Pada 2019, Sheeran mengumumkan dia perlu rehat yang panjang sebelum menghasilkan karya baharu.

Bagaimanapun, dia sudah mempunyai koleksi karya yang akan dikongsi sebelum kembali menyepi.

Tahun sama, dia sempat menjayakan konsert siri jelajah yang dinamakan Divide dan sempat ke Malaysia pada April 2019 sebelum menamatkan secara rasmi siri jelajah berkenaan.

Selepas beberapa tahun berehat, kini dia kembali secara rasmi untuk hiburkan dunia. Menerusi lagu Bad Habits, dia turut bekerjasama dengan sahabat baiknya Johnny McDaid.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,574FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat