Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu ditunda ke Oktober

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu ke-258 yang sepatutnya dijadualkan berlangsung dua hari bermula hari ini dan esok ditangguhkan pada 27 Oktober, menurut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Perjumpaan dengan menteri besar dan ketua menteri pada 28 Jun, serta mesyuarat pra-majlis sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 29 Jun turut ditunda.

Menurut laman web rasmi Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu ke-259 akan diadakan pada 27 dan 28 Oktober, manakala mesyuarat pra-majlis akan diadakan sehari lebih awal.

Perjumpaan dengan menteri besar dan ketua menteri pula akan diadakan pada 25 Oktober.

Kali terakhir Majlis Raja-Raja bersidang adalah semasa perbincangan khas dengan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada 16 Jun.

Ini selepas Seri Paduka menerima menghadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ketua-ketua parti dari 9 hingga 15 Jun untuk mendengar pandangan mereka mengenai pelbagai isu menjelang penamatan darurat pada 1 Ogos.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat