Aktif semula ‘kilang’ indie

- Advertisement -

BANDAR raya Kuantan suatu ketika dulu yang pernah dikenali sebagai ‘kilang’ pengeluaran kumpulan pemuzik indie kini seakan-akan sudah lesu tidak bertenaga.

Tempat yang dahulunya sarat dan meriah dengan aktiviti seni anak-anak muda seolah-olah sudah hilang dari peta gerakan pemuzik indie tanah air.

Sedar akan situasi yang melanda tempat tumpah darah mereka ini, sekumpulan anak muda tekad menubuhkan kumpulan baru yang diberi nama Swerved, dengan harapan untuk kembali mewarnai arena pemuzik indie di Kuantan khususnya dan di peringkat tanah air umumnya.

Swerved dianggotai oleh Ray Clownz (penyanyi utama), Naim Ahmad (gitar, penyanyi, programming, synthesizer), Emie Burst (gitar), Longjack (bass), Mido (dram), Zikry Zamree (sampling, programming, synthesizer, penyanyi) dan DJ Scooby Max (turntables, programming, synthesizer).

Memilih genre nu-metal/rapcore di dalam penghasilan karya mereka, Swerved kini sudah menghasilkan dua single yang boleh dikatakan mendapat sambutan amat baik daripada peminat muzik berkenaan.

Single terbaru mereka bertajuk Pragmata baru saja dilancarkan bersama dengan muzik video yang dirakamkan sepenuhnya di Kuantan.

Single ini dilihat berjaya menaikkan nama mereka kerana sudah agak lama tidak ada kumpulan yang bermain genre nu-metal/rapcore tempatan mengeluarkan karya terbaru yang bertenaga dan segar.

Walaupun boleh dianggap masih baru tetapi anggota mereka terdiri dari pelbagai pemuzik yang agak berpengalaman.

Sebagai contoh, Naim adalah anggota dan ketua kumpulan pop-punk Underpressure yang sangat dikenali di arena muzik pop-punk di Malaysia.

Mungkin kerana pengalaman seperti ini, muzik Swerved tampil matang dan berkualiti.

Swerved kini dalam proses penghasilan album penuh yang dijangka akan memasuki pasaran pada hujung tahun ini.

Mereka berharap dengan single Pragmata dan album yang bakal keluar nanti, muzik mereka akan diterima khalayak secara meluas dan seterusnya mencapai objektif mereka iaitu menaikkan kembali nama Kuantan di persada muzik indie negara.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat