BigBang Made The Movie di Netflix

- Advertisement -

Seoul: Filem dokumentari kumpulan terkenal Korea Selatan, BigBang iaitu BigBang Made the Movie akan ditayangkan mulai esok di saluran Netflix.

Dokumentari ini akan menampilkan kisah di sebalik konsert jelajah dunia BigBang, Made pada 2015.

Made adalah album terakhir BigBang sebelum seorang demi seorang anggotanya iaitu G-Dragon, T.O.P, Taeyang, Daesung dan Seungri menjalani latihan ketenteraan.

Konsert jelajah Made diadakan di 32 lokasi dengan 66 konsert berlangsung sepanjang April 2015 hingga Mac 2016.

Ia dihadiri lebih 1.5 juta penonton.

Dalam BigBang Made The Movie ditampilkan sedutan di balik layar dari pelbagai peristiwa ketika konsert. Dokumentari ini juga akan memperlihatkan kisah di belakang pentas bermula dari susunan pentas, konsep pencahayaan hingga koreografi.

Penonton juga dapat menyaksikan perasaan peribadi mereka, termasuk ketika mereka mengatasi pelbagai tekanan.

Selain itu, penonton juga boleh menyaksikan temubual eksklusif individu terdekat anggota BigBang menerusi filem dokumentari ini.

Ia diarahkan Byun Jin-ho, manakala Yang Hyun-suk yang ketika itu Ketua Pengarah Urusan YG Entertainment sebagai penerbit eksekutif.

Dokumentari BigBang Made The Movie sudah ditayangkan di pawagam lima tahun lalu dan di Korea Selatan, ia ditayangkan pada 30 Jun 2016.

Berdasarkan data Dewan Perfileman Korea Selatan, tayangan filem ini berjaya mencatat kutipan sebanyak RM1.7 juta.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,574FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat