11 Keluarga Di Kota Kuala Muda Kibar Bendera Putih Mohon Bantuan

- Advertisement -

SUNGAI PETANI – Sebanyak 11 keluarga di Kampung Sungai Emas Hujung, Kota Kuala Muda, di sini bertindak memasang bendera putih di depan rumah mereka selepas mendakwa terputus bekalan makanan sejak seminggu lalu.

Seorang wakil penduduk, Nor Hanani Hasan, 28, berkata, mereka mula memasang bendera putih di depan rumah masing-masing pada pukul 10.30 pagi ini.

Menurutnya, kebanyakan penduduk di sini adalah warga emas dan bekerja sebagai nelayan.

Katanya, mereka mendakwa hilang sumber pendapatan sejak awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Selepas saya maklumkan tentang kempen bendera putih terbabit, mereka memasang bendera putih di hadapan rumah masing-masing dengan harapan ada bantuan sampai.

“Bagaimanapun, saya hanya meminta mereka yang benar-benar terputus bekalan makanan sahaja berbuat demikian,” katanya ketika ditemui di kampung berkenaan hari ini.

Menurut Hanani, penduduk terbabit hilang punca pendapatan selepas pengusaha restoran di Sungai Petani dan Pulau Pinang tidak datang membeli hasil tangkapan kerana tidak beroperasi dalam tempoh PKP ini.

“Oleh itu, mereka tiada sumber pendapatan untuk menyara keluarga dan terpaksa hidup dalam serba kekurangan,” ujarnya.

Hanani menambah, penduduk yang memasang bendera putih itu kemudian mendapat perhatian daripada Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Sungai Petani yang menghulurkan sumbangan berbentuk barangan keperluan dapur.

Sementara itu, wakil PBS Sungai Petani, Muhammad Ridzuan Osman berkata, sumbangan itu diharap dapat meringankan beban keluarga tersebut.

“PBS Sungai Petani dengan kerjasama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kini sedang giat mengesan orang awam yang mengalami kesempitan hidup dalam tempoh PKP ini untuk dibantu,” katanya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat