Raja Arab Saudi undang, taja 1,000 warga Palestin tunai haji

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud telah mengundang 1,000 jemaah daripada keluarga syahid, tahanan dan rakyat Palestin yang cedera untuk menunaikan haji pada tahun ini, menurut laporan Agensi Berita Saudi (SPA).

Laporan itu juga menyatakan bahawa Raja Salman, Penjaga Dua Masjid Suci, juga turut mengundang 1,300 jemaah dari lebih 88 negara dan 22 jemaah daripada keluarga kembar siam yang dipisahkan di Arab Saudi, untuk melaksanakan haji tahun ini.

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada acara tahunan Program Tetamu Penjaga Dua Masjid Suci untuk haji, umrah dan ziarah, yang diselia dan dilaksanakan oleh Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi.

Menteri Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan serta Penyelia Am Program Tetamu Penjaga Dua Masjid Suci, Sheikh Dr Abdullatif bin Abdulaziz Al Al-Sheikh berkata sejak perintah diraja dikeluarkan, kementerian telah bersiap sedia untuk menampung jemaah berkenaan.

“Perancangan bermula apabila jemaah berlepas dari negara asal mereka dan memastikan mereka menerima semua kemudahan untuk melaksanakan umrah dan haji dengan mudah, serta melawat Madinah dan menunaikan solat di Masjid Nabawi,” katanya, seperti yang dipetik dalam laporan itu.

Al Al-Sheikh menyatakan rasa terima kasih dan penghargaannya kepada Raja Salman, Putra Mahkota dan Perdana Menteri Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud atas kebajikan baginda.

“Ini mencerminkan keprihatinan berterusan mereka terhadap umat Islam di seluruh dunia dan usaha mereka untuk mengukuhkan perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan umat Islam dengan menyatukan mereka untuk menunaikan haji atas tajaan Penjaga Dua Masjid Suci,” katanya.

Menurut menteri, sejak program itu dimulakan 26 tahun lepas, lebih 60,000 jemaah telah diraikan di bawah program itu.- BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat