Mahathir ‘ajak’ Anwar pergi Switzerland keluarkan duit

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kesanggupannya untuk pergi ke bank di Switzerland bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi tujuan mengeluarkan wang yang konon telah dicurinya berbilion ringgit ketika mengemudi kerajaan.

“Anwar mendakwa saya telah curi berbillion duit kerajaan semasa saya jadi Perdana Menteri.

“Saya hairan kerana saya tidak pernah tengok duit ini dan tidak tahu di mana duit ini ada. Yang tahu ialah Anwar kerana dia yang mendakwa saya miliki duit berbillion ini.

“Kata Anwar orang yang mencuri duit berbillion hendaklah bawa balik duit ini dan bantu orang Melayu yang miskin.

“Saya sanggup bawa balik 100 peratus duit yang dikatakan ada pada saya dan derma semuanya kepada orang miskin. Tetapi Anwar kenalah beritahu kepada saya dimana duit ini berada.

“Mungkin ada di bank Switzerland. Saya sanggup bersama Anwar pergi ke bank di Switzerland dan minta bank tunjuk akaun saya seperti (Datuk Seri) Najib (Razak) ada akaun dalam Ambank.

Jika ada akaun, beliau akan keluarkan semua duit dan bawa balik ke Malaysia.

Malah ujar bekas Presiden Umno itu lagi, 100 peratus daripada duit ini jika ada akan diberi kepada orang Melayu.

“Tetapi jika tidak ada akaun saya di bank atau di mana-mana sanggupkah Anwar menjawab dalam mahkamah akan asas dakwaan bahawa saya memiliki berbillion ringgit wang kerajaan yang saya curi?

“Jika tidak sanggup berhenti daripada membuat tuduhan yang tidak berasas.

“Saya sudah dakwa jika Anwar tuduh juga saya curi duit saya akan dapat keputusan mahkamah supaya Anwar membayar 150juta Ringgit kepada saya,” tegas beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat