Kes Covid-19 Berkurangan, Malaysia Kini Dalam Fasa Pemulihan Akhir – Dr Noor Hisham

UMNO Tolak Muhyiddin, Tukar Slogan “Yes Anwar, No DAP, No Mahathir”?

KUALA LUMPUR- Ura-ura UMNO berpaling sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin hangat diperdebatkan. Awal hari ini, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN), Datuk...

Agong Sedar Ada Muslihat Politik, Muhyiddin Wajar Berundur Kata Puad

Oleh: Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi Muhyiddin mesti kecewa, panas, tidak boleh tidur malam. Pertemuan di rumah beliau malam tadi memang emosi. PPBM sedang tuduh...

Ahmad Zahid Tukar Fikiran, Tak Jadi Jumpa Muhyiddin

PUTRAJAYA- Hari ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua parti yang menyokong Perikatan Nasional (PN) bagaimanapun, Presiden UMNO, Datuk Seri...

Tambang Bas Awam Percuma Di Putrajaya -Annuar Musa

PUTRAJAYA: Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, mengumumkan tambang bas awam di Putrajaya adalah percuma. " Mulai 1 November 2020 tambah bas awam di...

“Nasionalisme Vaksin” Mungkin Akan Berlaku -WHO

BERLIN: Pemimpin Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menuntut solidariti global bagi menghadapi sebarang kemungkinan terhadap pengagihan vaksin COVID-19 ketika peningkatan kes terus berlaku di seluruh...

PUTRAJAYA – Malaysia kini dalam fasa pemulihan terakhir susulan kejayaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac lepas berhasil mengurangkan penularan kes baru Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata pada ketika ini, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula pada 4 Mei lepas turut berjaya menurunkan nilai kebolehjangkitan atau R0 (R-naught) sehingga 0.3 berbanding 0.6 ketika pelaksanaan PKP.

“…jadi dalam kita melihat (kes Covid-19 di Malaysia) kita ada permodelan, kita lihat modelling yang kita gunakan. Waktu sebelum PKP, kita lihat kita punya kebolehjangkitan, R0 itu ialah 3.55, bermakna seseorang itu boleh menjangkiti 3.55 orang, dan apabila kita laksanakan PKP, kita dapat kurangkan R0 sehingga 0.6 dan sekarang ini (semasa PKPB) kita punya R0 0.3.

“Bererti seseorang yang dijangkiti hanya boleh menjangkiti 0.3 orang, jadi ia semakin berkurang dan untuk melihat kepada kes-kes yang akan datang, model ini sedang berjalan dengan baik. Sekarang ini, kita di peringkat pemulihan yang terakhir,” katanya ketika temu bual eksklusif bersama Bernama.

R0 merujuk nilai kebolehjangkitan sesuatu virus pada permulaan sesuatu wabak dalam masyarakat, iaitu secara puratanya berapa ramai orang yang boleh dijangkiti oleh kes yang berlaku. Dalam kaedah permodelan dan ramalan untuk sesuatu wabak, menurunkan nilai R0 kurang daripada angka 1 secara berterusan akan membantu mengakhiri sesuatu wabak.

Hisham berkata Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus memantau situasi semasa negara sepanjang PKPB yang dikuatkuasakan sehingga 9 Jun.

“Sekiranya kes baru boleh dicapai dalam 1 angka untuk tempoh melebihi seminggu berkemungkinan sektor ekonomi akan dibuka 100%, selain sektor sosial dan pendidikan,” katanya.

Ketua pengarah kesihatan itu turut berkongsi data sejak 4 Mei lepas hingga 29 Mei, hampir sebulan PKPB dikuatkuasakan, yang menunjukkan hanya kira-kira 200 kes melibatkan rakyat Malaysia daripada 1,800 kes baru Covid-19.

“Ini bermakna PKPB itu berjaya, PKP pun berjaya melandaikan lengkungan. Rakyat patuh kepada SOP, Kejayaan ini bukan sebab tanggungjawab atau dilakukan oleh Kementerian Kesihatan dan kerajaan, tetapi kejayaan ini kejayaan bersama dengan rakyat sebab rakyat patuh kepada SOP,” katanya optimis.

Hisham berkata selain berdepan kenaikan kes mendadak melibatkan pendatang asing tanpa izin di Depot Tahanan Imigresen, KKM juga menjangkakan kes rentas negeri semasa perayaan Aidilfitri.

Namun, beliau berkata ia mungkin tidak akan tercetus pada kadar yang tinggi dan masih boleh dikawal sekiranya rakyat kekal patuh kepada SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.

“…mungkin kita akan dapat peningkatan kes tapi tidak secara mendadak, jadi kalau rakyat patuh kepada SOP mungkin kita tak dapat gelombang ketiga, kita menunggu sekarang ini, raya dah lepas, mungkin dalam tempoh seminggu, 2 minggu kita akan melihat kes (baru) setiap hari.

“Kalau kes ini masih lagi rata iaitu 2 angka dan juga 1 angka, tempoh PKPB akan tamat pada 9 Jun. Kita akan lihat bagaimana keadaan kita nanti,” katanya.

Setakat semalam, tiada kes kematian berkaitan Covid-19 direkodkan di Malaysia dalam tempoh 7 hari berturut-turut sejak 23 Mei lepas dengan jumlah kumulatif kes kematian kekal pada 115 kes (1.49%).

Jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sehingga semalam 7,732 kes.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Mesyuarat Kabinet Cadang Bubar, Gantung Parlimen?

CYBERJAYA— Mesyuarat Khas Kabinet yang berakhir sebentar tadi dikatakan akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan 'Darurat Politik' kepada Yang Di Pertuan Agong bagi mengatasi...

Muhyiddin Pertimbang Letak Jawatan?

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan memanggil menteri kabinet ke rumahnya malam ini bagi membincangkan keputusan Yang Di-Pertuan Agong menolak cadangan kabinet...

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

CYBERJAYA -  Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas apa-apa cadangan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi termasuk...

Berita Berkaitan

Agong Sedar Ada Muslihat Politik, Muhyiddin Wajar Berundur Kata Puad

Oleh: Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi Muhyiddin mesti kecewa, panas, tidak boleh tidur malam. Pertemuan di rumah beliau malam tadi memang emosi. PPBM sedang tuduh...

Ahmad Zahid Tukar Fikiran, Tak Jadi Jumpa Muhyiddin

PUTRAJAYA- Hari ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua parti yang menyokong Perikatan Nasional (PN) bagaimanapun, Presiden UMNO, Datuk Seri...

Tambang Bas Awam Percuma Di Putrajaya -Annuar Musa

PUTRAJAYA: Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, mengumumkan tambang bas awam di Putrajaya adalah percuma. " Mulai 1 November 2020 tambah bas awam di...