Tun Mahathir Suruh ‘Singkirkan’ DAP – Hamzah Zainuddin

- Advertisement -

Menteri dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin semalam menegaskan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan adalah atas restu bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Hamzah, Dr Mahathir telah meminta beliau mengukuhkan parti Bersatu sebagai parti Melayu dan mengurangkan pengaruh parti DAP.

“Maka saya buat kerja ketika itu adalah atas arahan YAB Perdana Menteri, yang ketika itu adalah Tun Dr Mahathir Mohamad. Segala apa yang saya lakukan sebagai contoh Kongres Maruah Melayu.. ia dilakukan secara besar-besaran. Tidak mungkin saya boleh lakukan tanpa arahan Perdana Menteri.

Hamzah turut mendakwa perjumpaan beliau dengan Dr Mahathir yang membincangkan kaedah untuk keluar dari Pakatan Harapan turut dihadiri oleh Tan Sri Muhyiddin yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Menteri Besar Perak Datuk Seri Faizal Azumu, Datuk Seri Dr Abdul Latif Ahmad dan Datuk Seri Rina Harun.

“Jadi apa yang saya lakukan bukan untuk memecahbelahkan tetapi apa yang Tun sendiri mahu.”

Hamzah berkata demikian ketika mengulas dakwaan bahawa dirinya adalah pemecah belah parti Bersatu dan mendalangi usaha untuk memecat Dr Mahathir dan penyokongnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat