MARA Umum Insentif Tambahan RM6 Juta Bantu Usahawan Terjejas Akibat Covid-19

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...

Syed Saddiq Dakwa Menteri Pujuk Sokong PN Jika Mahu MUDA Diluluskan

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin ‘memujuknya’ supaya menyokong kerajaan Perikatan...

PKPD Di Penjara Bentong, Kuarters Kakitangan Mulai Esok

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Bentong dan kuarters kakitangannya bermula esok (25 Jan) sehingga 8 Feb,...

4,427 Pesakit Covid Sembuh, 3,346 Kes Baru Direkodkan Hari Ini

KUALA LUMPUR - Malaysia mencatatkan sebanyak 3,346 kes jangkitan baharu COVID-19 pada Ahad dengan 11 lagi kes kematian. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian...

Sempena perayaan Thaipusam Kebenaran pergerakan sahaja diberi, bukan perarakan – Annuar Musa

KUALA LUMLUR: Timbul sedikit kekeliruan dan salah faham oleh masyarakat berhubung kebenaran yang diberikan pihak berkuasa untuk penganut beragama Hindu meraikan sambutan Thaipusam pada...

KOTA KINABALU – Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengumumkan dua insentif tambahan bagi membantu usahawan Bumiputera di bawah agensi tersebut yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Pengerusinya, Datuk Azizah Mohd Dun berkata insentif baharu itu merangkumi Skim Pembiayaan Kemudahan Pengukuhan Perniagaan (SPAK) dan pengecualian sewa premis perniagaan bagi tempoh dua bulan.

Jelas beliau, insentif tambahan yang diwujudkan itu adalah untuk menyediakan pembiayaan perniagaan yang mudah dan cepat di samping memberi jaminan khusus bagi membantu usahawan mikro memulihkan perusahaan mereka yang terjejas teruk.

“Kita (MARA) telah memperuntukkan sejumlah RM6 juta di bawah skim ini dan ia pasti mampu dimanfaatkan oleh lebih 600 usahawan kita.

“Skim ini berkonsepkan Qardhul Hasan dan tidak mengenakan sebarang kadar keuntungan dan akan diproses dengan kadar segera bagi memenuhi keperluan usahawan, sekali gus menyokong aliran tunai syarikat,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Azizah berkata MARA telah mengumumkan moratorium bagi pembiayaan perniagaan selama enam bulan dan diskaun 30 peratus sewaan premis bagi tempoh sama.

Tambahnya, kelonggaran tersebut dilaksanakan dengan tetapan beberapa syarat, yang telah memberi manfaat kepada lebih 5,000 usahawan agensi itu.

“Hasil Kajian Impak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ke atas usahawan MARA yang dilaksanakan membabitkan 2,436 responden mendapati wujud keperluan mendesak.

“Justeru itu, kita merasakan perlunya menambah insentif baharu ini bagi memastikan usahawan terus kekal bertahan dan mampu meneruskan perusahaan masing-masing,” katanya.

Mengulas mengenai insentif baharu, Azizah berkata pemohon tidak perlu menyediakan sebarang jaminan atau cagaran, sebaliknya pemohon hanya perlu menyediakan penyokong dalam kalangan keluarga terdekat.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan www.mara.gov.my/Myusahawan.

Setakat ini, MARA mempunyai 7,261 lot premis perniagaan seluruh negara meliputi lot komersial (1,607 lot), arked (3,334 lot), bazar (1,892 lot) dan kawasan industri (428 lot).

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

MENJAWAB TUDUHAN 30 DALIL MENGAPA ZAHID HAMIDI PERLU BERUNDUR

Tuduhan 1: Kes Mahkamah Zahid Hamidi berhadapan dengan 87 kes mahkamah. Bagaimana UMNO hendak bangkit menjadi kuat. Jawapan: Ketika regim PH berkuasa dibawah Dr Mahathir, Zahid Hamidi...

Berita Berkaitan

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...

Syed Saddiq Dakwa Menteri Pujuk Sokong PN Jika Mahu MUDA Diluluskan

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin ‘memujuknya’ supaya menyokong kerajaan Perikatan...

4,427 Pesakit Covid Sembuh, 3,346 Kes Baru Direkodkan Hari Ini

KUALA LUMPUR - Malaysia mencatatkan sebanyak 3,346 kes jangkitan baharu COVID-19 pada Ahad dengan 11 lagi kes kematian. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian...