‘Bertenang semua, jangan buat komen tak perlu’ – KPN

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail mengingatkan, semua pihak tidak mengeruhkan lagi keadaan dan situasi yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan di Negeri Sembilan.

Beliau berkata, apa yang terjadi di negeri itu adalah isu membabitkan adat dan budaya yang sudah lama diamalkan.

“Saya memohon semua pihak bertenang, tidak membuat sebarang komen atau kenyataan tidak perlu.

“Polis akan sentiasa memastikan keselamatan dan ketenteraman di Negeri Sembilan sentiasa terkawal,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, lapor BH pada Khamis.

Khalid berkata, tindakan pihak tidak bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan tidak benar atau tidak tepat boleh menjejaskan usaha memastikan keadaan kembali seperti sedia kala.

Tegas beliau, banyak laporan berkaitan isu agama, bangsa dan institusi raja (3R) diterima berhubung kemelut di Negeri Sembilan.

“Saya sahkan memang banyak laporan diterima daripada pihak berkaitan termasuk berhubung ketidakpuashatian dan sebagainya.

“Jadi, kita akan jalankan siasatan sebelum memutuskan hala tuju seterusnya,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat