Segerakan Pemilihan Parti, Jangan Tangguhkan – KJ

- Advertisement -

CYBERJAYA: Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin menggesa pemilihan parti UMNO dapat dilakukan dengan segera bagi menyelesaikan kemelut dalaman yang berlaku.

Tegasnya, UMNO mesti menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU15) dengan kepimpinan yang mempunyai mandat yang jelas dan mendapat sokongan rakyat.

“hanya satu cara untuk menyelesaikan kemelut dalaman UMNO,

“Segerakan pemilihan parti, Jangan tangguhkan sehingga selepas Pilihan Raya Umum, Sepatutnya pemilihan diadakan tahun ini,

“Do the right thing, Majlis Tertinggi. You Know we cannot continue like this,” tulis beliau di Instagramnya.

Terdahulu, SuaraTV pada 04 Mac lepas ada mengeluarkan laporan yang menyebut Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dijangka menangguhkan pemilihan parti tahun ini sebagai persiapan berhadapan pilihan raya umum yang dijangka selepas tamat darurat pada 1 Ogos nanti.

Menurut sumber, usul penangguhan Pemilihan UMNO 2021 telah dikemukakan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 19 Februari lalu di Janda Baik, Pahang. Namun perbincangan dan keputusan mengenai usul tersebut ditangguhkan selepas Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang akan berlangsung akhir Mac nanti.

Menurut Perlembagaan UMNO, MKT mempunyai kuasa menangguhkan pemilihan sehingga 18 bulan dari sepatutnya diadakan pemilihan baharu. Sebelum ini beberapa pemimpin UMNO termasuk Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung UMNO menegaskan pemilihan akan diadakan pada tahun ini.

Pemilihan UMNO perlu diadakan setiap 3 tahun dengan kali terakhir UMNO mengadakan pemilihan ialah pada 30 Jun 2018. Tempoh matang kepimpinan UMNO sekarang akan tamat pada 30 Jun 2021.

Jika tiada penangguhan, proses pemilihan perlu dilakukan sebelum Julai 2021.

Manakala Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberi komitmen untuk membubarkan Dewan Rakyat sebaik perintah Darurat ditamatkan. Bagaimanapun tiada kepastian sama ada darurat ini akan dilanjutkan selepas Ogos atau ditamatkan bagi mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15.-SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat