1,133 Kes Baru Covid-19, Lima Kematian Direkodkan Hari Ini

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 1,133 kes positif COVID-19 baharu setakat tengah hari tadi, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini kepada 344,018 kes dengan 14,199 kes aktif.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata 1,125 kes daripada kes yang dilaporkan hari ini adalah jangkitan tempatan membabitkan 781 (69.4 peratus) warganegara dan 344 (30.6 peratus) bukan warganegara.

Katanya, lapan lagi kes import dengan pecahan dua rakyat tempatan dan enam warga asing.

Beliau berkata, seramai 161 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 76 memerlukan bantuan pernafasan.

“Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 401 kes (35.4 peratus) dan daripada jumlah ini, sebanyak 355 kes (88.5 peratus) adalah daripada kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 di lapangan.

“Ini diikuti Pulau Pinang sebanyak 194 kes (17.1 peratus) dan Sarawak sebanyak 153 kes (13.5 peratus).

“Sebanyak 87 kes (7.7 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster di penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (73 kes), Kluster Tembok Taiping (13 kes), dan Kluster Tembok Pengkalan Chepa (satu kes),” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, KKM merekodkan lima kematian hari ini dengan masing-masing dua kes di Sarawak dan Kuala Lumpur, serta satu kes di Selangor.

Beliau berkata, semua kes membabitkan lelaki tempatan berusia antara 34 hingga 88 tahun yang menghidap pelbagai penyakit kronik. – BH

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Hakim kelihatan ‘terdorong’ putuskan Najib bersalah – Peguam

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, hakim dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd, bagaikan 'terdorong' untuk memutuskan...

Berita Berkaitan

Kanak-Kanak Perempuan 9 Tahun Ditemui Maut Gantung Diri – Polis

KULAI – Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun ditemui maut dalam keadaan menggantung diri di kediaman keluarganya di Flat Temenggong, di sini petang semalam. Ketua...

Saya Tak Tahu Suami dan Anak Zeti Terima Wang 1MDB – Mahathir

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak mengetahui berhubung dakwaan bahawa suami dan dua anak bekas gabenor Bank Negara,...

PKPD Di Empat Kawasan Di Sabah, Kelantan dan Pahang Bermula Esok

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Taman Tawau Lama dan Kampung Batu Payung, Tawau, Sabah; Kolej Tahfiz Sains Nurul...