Saringan Pekerja Kilang Di Selangor Punca Kes Covid-19 Meningkat – MB Selangor

- Advertisement -

CYBERJAYA – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menjelaskan pihaknya mengenal pasti peningkatan mendadak kes jangkitan Covid-19 berpunca dari ujian saringan pekerja kilang dan penjara di negeri itu.

Memetik laporan BH, beliau berkata mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri bagi Kawalan Covid-19 Negeri Selangor malam tadi mengesahkan kilang di negeri itu sebagai kawasan utama perebakan wabak.

Amiruddin Shari turut mendakwa hospital dan klinik swasta di Selangor tidak melaporkan segera kes Covid-19 yang di kesan melibatkan pekerja kilang.

“Berdasarkan taklimat, peningkatan mendadak kes di negeri ini disumbang oleh beberapa faktor utama antaranya kes kumulatif dari saringan pekerja kilang, saringan di penjara serta saringan di klinik dan hospital swasta yang tidak dilaporkan secara terus.

“Ia boleh dikesan dari kes yang berlaku 10 hari yang lalu. Bagi mengatasi masalah ini, JKNS akan mengenakan kompaun kepada klinik atau hospital swasta yang tidak melaporkan kes positif secara terus pada hari sama melalui Sistem Informasi Makmal Kesihatan Awam (SIMKA),” katanya.

Semalam, Selangor merekodkan 3,126 kes baru Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu kini berjumlah 62,189 kes dengan 139 kematian direkodkan.

Hari ini Selangor sekali lagi mencatatkan jangkitan tertinggi empat angka, 3,285 kes daripada 5,728 kes baru yang direkodkan di seluruh negara.

Sementara itu, Amirudin Shari, berkata kerajaan negeri akan menjalankan Program ‘Preventing Outbreak at Ignition Site’ (POIS) bagi memutuskan rantaian dan mengelakkan kluster baru di tempat kerja.

Menurutnya, program itu akan membabitkan semua kilang dan tempat kerja yang berpotensi mencipta kluster dan perebakan wabak COVID-19.

“POIS akan dilaksanakan bagi memutuskan rantaian serta mengelakkan kluster di tempat kerja dan akan dijalankan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Selgate Corporation Sdn Bhd, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Federation of Malaysian Manufacturers (FMM).

“Bagi mengelak tercetusnya kluster baharu di kilang dan tempat kerja, kerajaan negeri turut mencadangkan kepada kerajaan Persekutuan mengambil tindakan tegas dan menutup kilang yang menyembunyikan kes positif dalam kalangan pekerja serta tidak memberikan kerjasama untuk aktiviti pengesanan kontak rapat,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat