5,728 Kes Baru Covid-19, Selangor Catat Jangkitan Tertinggi Harian

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sebanyak 5,728 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan ia jumlah kes baharu tertinggi pernah dicatatkan setakat ini.

Selangor masih mencatat angka tertinggi dengan 3,285 kes, sementara 13 lagi kes kematian telah direkodkan.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan jumlah kes sembuh baru adalah 3,805 kes sementara jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 161,527 kes (77.04 %).

“Jumlah kumulatif adalah sebanyak 209,661 kes dengan jumlah kes aktif: 47,388 kes.

“Kes tempatan pula sebanyak 5,723 kes sementara lima kes import dilaporkan adalah dua warganegara dan tiga lagi bukan warganegara,” jelas kenyataan itu – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat