KKM Buat Aktiviti ‘Dry Run’ Persiapan Hantar Vaksin Ke Pedalaman Sarawak – Dr Adham Baba

- Advertisement -

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaksanakan aktiviti dry run atau sesi latihan awal penghantaran vaksin Covid-19 ke Klinik Kesihatan Belaga yang terletak di kawasan pedalaman Sarawak, semalam

Dipetik dari laporan Utusan, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, aktiviti ‘dry run’ itu adalah latihan awal bagi memastikan persiapan rapi dibuat sebelum bekalan sebenar vaksin Comirnaty dari syarikat Pfizer diterima.

Pelaksanaan dry run itu hasil usaha sama antara KKM dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (SDMC), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan syarikat Pfizer (M) Sdn. Bhd.

“Objektif utama aktiviti dry run ini diadakan adalah untuk menilai keupayaan pengekalan suhu -75°C (+/-15°C) vaksin Comirnaty sepanjang rantaian penghantaran, iaitu dari pihak pengilang sehingga ke fasiliti yang dipilih.

“Selain itu, aktiviti ini akan menilai kebolehlaksanaan proses-proses yang terlibat dalam pengendalian vaksin Covid-19 dan menguji pelaksanaan Garis Panduan Pengendalian Vaksin Covid-19 yang telah dibangunkan di lapangan agar pengedaran sebenar ke seluruh Malaysia kelak akan berjalan lancar,” katanya.

Menurut Adham lagi, pada 8 Januari lalu, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat vaksin Covid-19 keluaran syarikat Pfizer dan Malaysia dijangka akan menerima bekalan vaksin tersebut untuk fasa pertama bekalan penghujung Februari ini.

Beliau turut menjelaskan, sebagaimana yang diketahui umum, vaksin Comirnaty memerlukan penyimpanan pada suhu ultra sejuk, -75°C (+/-15°C) yang memberi cabaran dalam proses pengedaran vaksin tersebut.

“Kementerian Kesihatan akan sentiasa mempertingkatkan tahap kesihatan awam dalam memerangi wabak Covid-19 antaranya melalui perolehan bekalan vaksin yang berkualiti, selamat dan berkesan serta memastikan pelan imunisasi Covid-19 Kebangsaan berjalan dengan lancar.

“Latihan penghantaran vaksin ke pedalaman Sarawak ini berjaya dan Belaga dipilih sebagai lokasi latihan ini kerana Kementerian Kesihatan mahu menilai keupayaan pelaksananaan vaksinasi di pedalaman.

“Klinik Kesihatan Belaga berada sejauh 178 kilometer atau kira-kira empat jam perjalanan dari bandar terdekat iaitu Bintulu (dan kira-kira 778 km dari bandar Kuching) melalui jalan darat,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat