Presiden Pas sebagai Pengerusi PN, yang khianat sila berambus – Ketua Pemuda Pas

KUALA LUMPUR – Dengan apa yang berlaku di Perlis ini, layak sangatlah Pas mengambil-alih mengetuai Perikatan Nasional (PN), kata Ketua Pemuda Pas Afnan Hamimi Taib Azamudden.

Beliau menegaskan sudah tiba masanya Pas mengambil alih kemudi PN.

“Pas take-over PN.

“Presiden Pas sebagai Pengerusi PN,” tegasnya.

Menurut Ahli Parlimen Alor Setar itu, faktanya jelas “kawan kita gagal mengawal Adun partinya yang sign SD menolak Cikgu Shukri.

“Bila ditanya, dijawab tiada arahan untuk Adunnya sign SD.

“Didesak ambil tindakan tegas seperti Pas ambil tindakan terhadap 3 bekas Adun Pas. Tapi sehingga kini tiada tindakan. Bahkan, dihantar pula nama untuk jadi Menteri Besar.

“Tak bagi arahan. Tapi tak ambil tindakan.
Kedua-duanya membawa maksud merestui tindakan.

“Kawan yang tidak mampu mengawal anak buah adalah kawan yang lemah. Kawan yang menjatuhkan kawan, ini kawan yang khianat,” bidas Afnan.

Beliau mencadangkan juga pembentukan PN 2.0 + MN 2.0.

“Yang khianat tak boleh dibuat kawan!

“Yang lemah tak boleh jadi ketua!

“Yang khianat, sila berambus!

“Yang lemah, sila turun! desak beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat