Kesiapsiagaan dan bantuan banjir tahun ini lebih tersusun – NGO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kesiapsiagaan dan pengurusan bantuan banjir dilihat paling baik dan teratur pada tahun ini.

Ketua Koordinator Amal Valley Organization, Dr Azfar Hussin berkata, koordinasi antara pihak berkuasa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dilihat lebih kemas dan tersusun sekali gus menjadikan proses persediaan menghadapi banjir serta pengagihan bantuan lebih mudah.

“Adanya komunikasi dua hala antara kita dengan pihak berkuasa atau berwajib, jadi keyword adalah koordinasi.

“Kalau lihat portal NADMA hari ini, saya bangga, terlalu banyak agensi yang berkolaborasi untuk banjir.

“Setiap enam jam akan dikemas kini. Sebelum ini, kami apabila turun ke satu-satu tempat atau menerima panggilan daripada orang tempatan, kadang-kadang kami lebih laju mungkin sebab koordinasi berkaitan.

“Tetapi hari ini kita nampak setiap unit dikoordinasikan, saya nampak METMalaysia sentiasa dikemas kini, tambah baik sistem pengurusan dan persediaan banjir jadi pihak kami pun sebagai NGO dapat menyelia dengan baik,” katanya dalam Agenda AWANI, pada Jumaat.

Sementara itu, bagi Pengurus Projek Humanitarian Care Malaysia, Noorsyazly Rameli, beliau melihat kepenatan atau fatigue menjadi cabaran utama yang harus ditangani NGO, khususnya selepas berpenat lelah dengan pelbagai aktiviti bantuan ke atas masyarakat Palestin.

“NGO ada yang fatigue berpenat lelah hampir tiga bulan menangani aktivisme, membantu saudara di Palestin. Dalam masa yang sama bermula awal Disember, MTL berlaku di pantai timur.

“Selepas ini luruan monsun akan turun ke Johor, Negeri Sembilan dan sebagainya, malah mungkin juga akan ke Lembah Klang.

“Semua ini cabaran yang perlu ditangani secara bijaksana dan berdasarkan maklumat, kita berbangga dengan NGO dan pihak berkuasa yang bekerja dan langsung tidak duduk diam,” katanya.

Jelas mereka lagi, selain sumbangan dana, masyarakat boleh memainkan peranan dan memberi bantuan dengan cara tidak menyebarkan berita atau maklumat yang tidak sahih, yang akan mengakibatkan pembaziran masa dan sumber. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat