MEDAC Tawar Moratorium Kepada Usahawan Tekun, Sahabat AIM – Noh Omar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) bersetuju memberikan moratorium kepada usahawan mikro dan informal yang mendapat pembiayaan daripada agensi-agensi di bawahnya, yang terkesan berikutan bencana banjir.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata sebagai permulaan, moratorium akan diberikan kepada usahawan mikro dan informal yang menerima pembiayaan di bawah Tekun Nasional dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

“Tekun Nasional memberi moratorium kepada peminjam yang terkesan dengan banjir selama enam bulan dan memperuntukkan sejumlah RM30 juta untuk pembiayaan usahawan mikro dan informal yang terkesan akibat banjir.

“Moratorium ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 4,000 usahawan Tekun dan ia bermula serta merta,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata pemberian moratorium di bawah AIM pula adalah secara automatik kepada Sahabat AIM bermula 20 Dis, 2021 hingga 31 Jan, 2022.

“Sahabat AIM yang terkesan boleh membuat permohonan untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman sebanyak empat kali dengan tempoh penangguhan maksimum selama setahun dan membuat penjadualan balik pinjaman sehingga tiga tahun,” katanya.

Noh berkata sahabat AIM juga akan menerima bantuan Tabung Kebajikan dan Kesejahteraan Sahabat (TKKS) jika rumah dan projek mereka (barang niaga) terjejas akibat banjir dengan setiap bantuan bernilai RM300.

Beliau berkata sekiranya menjejaskan kedua-duanya, mereka layak menerima bantuan sebanyak RM600.

Bantuan daripada AIM ini akan memberi manfaat kepada 9,200 Sahabat AIM, katanya.

“Ini untuk membantu kumpulan Keluarga Malaysia yang terjejas akibat banjir. Semoga sedikit demi sedikit bantuan-bantuan ini dapat menjadi permulaan untuk menstabilkan semula aturan perniagaan dan kehidupan,” katanya. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat