COVID-19: Individu Positif Diminta Bersabar Sementara Dibawa ke Hospital – KP Kesihatan

Joe Flizzow lebih tenang selepas kahwin

KUALA LUMPUR: Penyanyi hip-hop terkenal, Joe Flizzow menyifatkan kehidupannya sangat bahagia dan lebih sempurna selepas tujuh bulan memegang status suami. Joe atau nama sebenarnya, Johan...

Subjek ‘dalam kain’ umpan penonton

KUALA LUMPUR: Terlalu teruja menggeletek hati penonton membuatkan segelintir pelawak terlupa aksi dan dialog dilontarkan keterlaluan serta berunsur lucah yang boleh diertikan sebagai 'double...

Selepas setahun kes pertama Covid-19, kami masih setia berjuang’ – KKM

CYBERJAYA: Warga kerja Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tetap komited menjalankan tugas bagi melandaikan rantaian wabak Covid-19 setelah setahun kes pertama dikesan dinegara ini setahun...

Tok Mat cadang orang bandar tanam sayur dalam pasu, jimat kos sara hidup

KUALA LUMPUR- Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bimbang rakyat semakin terbeban dengan kenaikan harga barangan terutamanya bekalan bahan mentah. Katanya, sejak pandemik Covid-19...

Kerajaan perkenal dasar ‘Manhaj Rabbani’

PUTRAJAYA: Kerajaan memperkenalkan Dasar Manhaj Rabbani sebagai dasar pentadbiran Islam yang berpaksikan tiga ciri utama -- Thaqafah (keilmuan), Ruuhaniyyah (kerohanian) dan Da’wah (aktivisme). "Dasar Manhaj...

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan individu yang disahkan positif COVID-19 untuk kekal berada di rumah sehingga petugas perubatan daripada Pusat Kesihatan Daerah (PKD) hadir untuk membawa mereka ke hospital ditetapkan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata mereka ini perlu bersabar kerana ketika ini, jumlah individu positif meningkat menyebabkan berlaku sedikit kelewatan dari segi logistik bagi memindahkan pesakit ke hospital.

Beliau berkata pendekatan terbaik yang perlu dilakukan oleh individu yang positif COVID-19 ini adalah dengan mengasingkan diri daripada ahli keluarga dan memakai pelitup muka bagi mengelak berlakunya jangkitan.

“Memang ada kelewatan untuk pindahkan (pesakit positif) ke hospital, jadi saya nasihatkan supaya tunggu dan bersabar.

Asingkan diri daripada ahli keluarga dan sentiasa berhubung dengan PKD bagi mendapatkan maklumat terkini,” katanya dalam sidang media perkembangan COVID-19 di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata KKM sedang mempertimbangkan cadangan agar individu yang disahkan positif COVID-19 menjalani kuarantin di rumah masing-masing.

Bagaimanapun katanya, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipatuhi sekiranya ingin melaksanakan kuarantin di rumah bagi individu positif COVID-19.

“Pertama, kita kena lihat dari segi kesesuaian rumah, bilik serta bilik air dan kedua ialah alat penilai tahap kesihatan iaitu bagaimana petugas boleh pantau tahap kesihatan pesakit di rumah,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata setakat ini KKM masih mengekalkan dasar pesakit positif perlu dikuarantin di hospital.

Melihat kepada peningkatan kes melibatkan pekerja pula, Dr Noor Hisham berkata terdapat cadangan agar asrama majikan digunakan sebagai tempat kuarantin.

“Sebelum ini ada asrama digunakan sebagai pusat kuarantin bagi kes positif tahap satu dan dua iaitu mereka yang bergejala ringan.

Kita pernah gunakan cadangan ini ketika jalankan kawalan melibatkan Kluster Teratai dengan asrama Blok A dan B digunakan sebagai pusat kuarantin,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata keupayaan Kementerian Kesihatan dalam mengendalikan kes COVID-19 masih mencukupi dengan 120 hospital untuk membuat saringan, 50 hospital untuk rawatan, 63 makmal dan lebih sejuta kit ujian pantas (RTK) diperoleh setakat ini.

Memberi contoh kapasiti di fasiliti KKM di Lembah Klang, beliau berkata terdapat enam kemudahan dengan jumlah 11,493 katil dan kadar penggunaan 58 peratus.

Dr Noor Hisham berkata 89 hingga 90 peratus kes masih dalam Kategori 1 dan 2 yang tidak bergejala atau mempunyai simptom ringan sementara kes dalam Kategori 3 hingga 5 meningkat kepada 11 peratus daripada tujuh peratus.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...

Berita Berkaitan

Selepas setahun kes pertama Covid-19, kami masih setia berjuang’ – KKM

CYBERJAYA: Warga kerja Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tetap komited menjalankan tugas bagi melandaikan rantaian wabak Covid-19 setelah setahun kes pertama dikesan dinegara ini setahun...

Tok Mat cadang orang bandar tanam sayur dalam pasu, jimat kos sara hidup

KUALA LUMPUR- Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bimbang rakyat semakin terbeban dengan kenaikan harga barangan terutamanya bekalan bahan mentah. Katanya, sejak pandemik Covid-19...

Kerajaan perkenal dasar ‘Manhaj Rabbani’

PUTRAJAYA: Kerajaan memperkenalkan Dasar Manhaj Rabbani sebagai dasar pentadbiran Islam yang berpaksikan tiga ciri utama -- Thaqafah (keilmuan), Ruuhaniyyah (kerohanian) dan Da’wah (aktivisme). "Dasar Manhaj...