TIDAK RASMI: Mohamad Alamin menang di Bongawan

PAPAR, — Tidak rasmi, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohamad Alamin berjaya menawan semula kerusi DUN Bongawan selepas mengetepikan persaingan sembilan penjuru yang turut disertai nama-nama besar politik Sabah.

Kemenangan Mohamad Alamin dilihat hasil kempen agresif BN di kawasan tradisi UMNO itu, selain sentimen akar umbi yang masih kuat terhadap beliau sebagai Ahli Parlimen Papar. Keputusan tidak rasmi menunjukkan beliau mendahului majoriti selesa berbanding pencabar terdekat.

Pertembungan di Bongawan tahun ini menjadi tumpuan setelah menyaksikan kembalinya bekas Menteri Luar Negeri, Tan Sri Anifah Aman yang mewakili GRS, serta penyandang sebelum ini, Dr Daud Yusof daripada Warisan. Turut memeriahkan saingan ialah calon PN, STAR, KDM, PPRS, Parti Impian Sabah dan dua calon bebas.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat