DBKL tarik balik larangan jual arak dalam kedai runcit di KL

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), yang bersidang selepas lebih setahun, memperbaharui sejumlah 1,519 permohonan lesen minuman keras di bandar ini.

Kelulusan itu bagi permohonan penjualan arak yang dibuat oleh kedai runcit, kedai serbaneka dan kedai ubat Cina untuk lesen minuman keras.

Ahli jawatankuasa yang baru dilantik Lembaga Pelesenan Eksais di bawah DBKL dilaporkan menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

Dalam temu bual dengan Sin Chew Daily, Naib Pengerusi Lembaga Pelesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keong berkata sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.

Ahli jawatankuasa baharu dilantik pada pertengahan Oktober, dan Pooi berkata mesyuarat lembaga terakhir diadakan pada September 2022.

“Lembaga pengarah tidak bermesyuarat lebih daripada setahun,” katanya.

Apabila jawatankuasa baru mengadakan mesyuarat pertama mereka pada 23 November, mereka ditugaskan untuk mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.

Di bawah garis panduan yang dilaksanakan pada 1 November 2021, DBKL telah melarang kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina di Kuala Lumpur daripada menjual minuman keras.

Larangan itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ramai orang bukan Islam di ibu kota, kerana ia dilihat sebagai pelanggaran hak mereka sebagai pengguna.

“Walaupun ia menjadi isu pada 2021, jawatankuasa baharu itu tidak melihat peraturan sedemikian daripada perspektif undang-undang,” kata Pooi.

“Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.

“Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya.

Beliau berkata pelancong asing dialu-alukan untuk melawat Malaysia dan tidak boleh menjauhi Kuala Lumpur hanya kerana larangan minuman keras itu.

Pooi berkata lembaga itu mempunyai 513 permohonan lesen minuman keras baharu untuk diproses, dan kelulusan akan mengambil sedikit masa.

“Ahli jawatankuasa Lembaga Pelesenan Eksais akan mengendalikan permohonan dan pembaharuan baharu dengan pendekatan terbuka, proaktif dan positif.

“Secara proaktif, kami cuba sedaya upaya untuk tidak berlengah-lengah dalam meluluskan permohonan. Kami akan melengkapkan semakan dan kelulusan permohonan baharu, dan juga mengkaji semula dasar-dasar yang ditetapkan oleh jawatankuasa terdahulu yang perlu diubah,” Sin Chew Daily memetik Pooi sebagai berkata.

Jawatankuasa itu akan bermesyuarat sekali lagi pada 20 Disember untuk mengkaji semula permohonan tersebut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat