PH Beri Laluan Kepada Calon BN Di Tioman Demi Menentang Ekstremisme Kaum, Agama

- Advertisement -

TIOMAN- Parti Amanah Negara (Amanah) mengambil keputusan untuk memberi laluan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil DUN N.42 Tioman sebagai tanda kesepakatan Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri dan Persekutuan.

Setiausaha Agung Amanah, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli menjelaskan, tindakan berjiwa besar itu adalah bertujuan memenangkan calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan berkenaan.

“Amanah memandang PRK Tioman sebagai satu pertembungan kerajaan baru negeri Pahang dengan kelompok ekstremisme kaum dan agama yang perlu ditangani secara serius.

“Atas semangat itu, Amanah melihat keperluan untuk mewujudkan perpaduan erat komponen kerajaan negeri dalam menentang calon Perikatan Nasional (PN).

“Oleh yang demikian, Amanah yang juga sebahagian daripada parti Komponen Pakatan Harapan (PH) mengambil keputusan untuk memberi laluan kepada calon BN sebagai tanda kesepakatan Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri dan Persekutuan,” kata Dr Hatta dalam kenyatanan pada Selasa.

Beliau berkata, tindakan beri laluan itu bertujuan memenangkan calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan ini, Datuk Seri Mohd Johari Hussain.

“Jentera Pilihan Raya PH akan bergerak secara bersama dalam setiap kempen BN dalam pilihan raya berkenaan.

“Semoga dengan kerjasama ini, keutuhan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat diperkuatkan demi kepentingan rakyat, agama dan negara,” katanya.

Sebelum ini, calon PH bagi DUN Tioman, Mohd Fadzli Mohd Ramly dilaporkan bersedia memberi laluan kepada calon BN, Datuk Seri Mohd Johari Hussain jika diarahkan oleh pucuk pimpinan tertinggi parti.

Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan di peringkat Majlis Presiden PH, dengan mengambil kira situasi politik semasa di peringkat Pusat dan DUN Pahang, namun setakat ini, belum ada sebarang kata putus dibuat.

Bagaimanapun Fazli enggan memberi sebarang komen susulan keputusan parti berkenaan

Media difahamkan esok pada Rabu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail akan berkongsi pentas dengan Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkempen untuk calon BN di Tioman.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat