Pucuk Pimpinan BN-PH Jangan Rosakkan Kepercayaan Rakyat – Johari

- Advertisement -

TIOMAN – Tidak timbul soal Barisan Nasional (BN) ghairah untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) tetapi ia lebih kepada semangat kedua-dua parti bergabung ke arah kesejahteraan rakyat.

Calon BN DUN Tioman, Datuk Seri Mohd Johari Hussain menegaskan kerjasama BN dan PH di peringkat Pusat dan Kerajaan Negeri Pahang sedikit pun tidak menjejaskan perjalanan kempennya.

Namun, beliau mengakui perlu bekerja lebih keras untuk memberi pemahaman kepada rakyat bahawa pucuk pimpinan telah mengambil darurat yang lebih ringan daripada darurat yang lebih besar.

“Dalam beberapa siri ucapan dan kempen saya ada beberapa perkara yang dibangkitkan pengundi dan juga penduduk. Mereka melihat ini satu perkara yang luar biasa secara tradisi sebuah parti Melayu yang terbesar sebelum ini tak pernah ada hubungan kerjasama dengan PH.

“Pucuk pimpinan kita dah memikirkan sehabis baik dan mendalam namun, kita sudah membayangkan kerjasama ini ada penentangan dari segi kefahaman dan kekeliruan ini boleh menjejaskan kredibiliti parti dan juga kerajaan negeri itu sendiri.

“Tetapi bila kita mengambil darurat yang lebih ringan daripada darurat yang besar, maka kerajaan negeri telah membuat pilihan yang mana kerjasama dengan PH memberi ruang untuk kesejahteraan rakyat dan juga perpaduan kaum lebih baik berbanding bergabung dengan Perikatan Nasional (PN),” jelas beliau pada sidang media selepas walkabout di Sepayang pada Selasa.

Pun begitu, Johari menitipkan pesan kepada pucuk pimpinan parti Umno dan BN supaya tidak merosakkan kepercayaan rakyat.

“Walaupun penggabungan BN dan PH ini dilihat luar biasa tapi sekiranya pucuk pimpinan memberi jaminan tidak merosakkan kepercayaan rakyat termasuk ahli parti dan penyokong BN, aspirasi ini boleh dijayakan.

“Semangat penyatuan ini perlu disuburkan. Ini percubaan pertama maka semua mesti main peranan bagi pemahaman kepada rakyat,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat