Khas buat si lasak

- Advertisement -

PENGGEMAR sukan lasak dan aktiviti luar seringkali berdepan dengan masalah untuk memilih peranti boleh pakai yang sesuai dengan kepenggunaan hobi mereka.

Ciri khusus untuk peranti boleh pakai pintar yang mampu bertahan dalam cuaca ekstrem di samping ketahanan bateri juga sangat penting.

Untuk itu, penulis mencadangkan kepada penggemar aktiviti lasak ini untuk membuat pilihan peranti baharu keluaran Apple iaitu Apple Watch Ultra yang direka khusus untuk aktiviti luar serta sukan lasak.

Apple Watch Ultra berkenaan direka khusus untuk pengguna sukan lasak dengan 49 milimeter (mm) kerangka titanium bersama padanan ‘sapphire crystal’.

Ia sekali gus menjadikan Apple Watch paling besar dan kadar kecerahan paling tinggi untuk paparan daripada peranti berkenaan berbanding generasi terdahulu.

Peranti itu juga dilengkapi dengan butang suai padan yang memberikan akses segera kepada pelbagai ciri khusus untuk Apple Watch Ultra berkenaan.

Berdasarkan kefungsian, Apple Watch Ultra berkenaan menawarkan ketahanan bateri melebihi 60 jam bersama beberapa ciri khusus lain seperti keupayaan cuaca melampau tanpa sebarang masalah.

Sesuai untuk pengguna sukan lasak yang berdepan dengan cuaca melampau, Apple Watch Ultra berkenaan mampu untuk bertahan dengan cuaca sejuk di bawah 20 darjah celsius manakala suhu panas 55 darjah celcius.

Apple Watch Ultra ini juga diiktiraf dengan ujian ketahanan MIL-STD-810H yang digunakan untuk kelengkapan ketenteraan dalam permukaan pelbagai.

Selain itu, Apple Watch Ultra ini juga sesuai untuk semua jenis keadaan termasuk penggemar sukan air dan peranti ini berupaya untuk beroperasi di bawah permukaan air serta mendapat pengiktirafan WR100.

Peranti itu juga diiktiraf dengan penarafan EN 13319 iaitu standard piawaian antarabangsa berhubung aksesori menyelam.

Berdasarkan penilaian penulis, Apple Watch Ultra sememangnya sesuai untuk penggemar aktiviti luar ini kerana keupayaan bateri yang mengagumkan di samping ciri khusus yang diperkenalkan.

Pengguna tidak lagi perlu bimbang kemungkinan untuk tersesat di laluan aktiviti luar, sebaliknya trek pengguna boleh dijejaki semula menerusi ciri khusus yang dilengkapi dalam peranti ini.

Sesuai untuk sukan lasak, peranti ini juga mampu bertahan untuk cuaca ektrem serta melampau tanpa sebarang masalah di samping keupayaan tahan air untuk aktiviti menyelam.

Secara keseluruhannya, ini adalah peranti yang sememangnya diperlukan oleh penggemar sukan lasak dan aktiviti luar malah ia sesuai untuk segala jenis sukan ekstrem.

Tanda harga bagi Apple Watch Ultra adalah RM3,799 manakala untuk Apple Watch Siri 8 bermula RM1,899 manakala untuk versi SE bermula RM1,199.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,454FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat